• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bas Jemaah Umrah Singapura Bertembung Lori, 1 Maut

oleh
22/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INNA LILLAH… Sebuah bas membawa sekitar 30 jemaah umrah dari Singapura terlibat dalam satu nahas selepas bertembung dengan sebuah lori ketika dalam perjalanan ke bandar Taif pagi tadi.

Memetik beberapa sumber, mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut merupakan kumpulan jemaah umrah daripada Abu Bakar Travel Services Pte. Ltd.

Sumber melaporkan, hanya seorang jemaah dipercayai warga Singapura dilaporkan maut manakala mangsa yang lain cedera dalam kemalangan tragik berkenaan.

Mangsa yang maut ialah pengarah syarikat pelancongan berkenaan iaitu Ustaz Haji Mohd Abu Bakar Osman dan mangsa lain dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pengarah Syarikat Abu Bakar Travel Services Pte. Ltd., Ustaz Haji Mohd Abu Bakar.

Menurut jurucakap Ketua Pengarah Pasukan Pertahanan Makkah, Mejar Jeneral Nayef Al-Sharif, kemalangan berkenaan berlaku sekitar jam 9 pagi ketika bas tersebut dalam perjalanan ke bandar Taif.

“Pihak kami menerima laporan tentang sekumpulan jemaah yang terperangkap dalam bas tersebut selepas pertembungan yang berlaku di jalan Quba’iya.

“Mereka diselamatkan oleh Unit Menyelamat Pasukan Pertahanan Awam,” katanya seperti dipetik sebuah portal.

Dalam pada itu, Mynewshub juga difahamkan bahawa isteri kepada Ustaz Abu Bakar turut berada dalam bas tersebut dan merupakan antara mangsa yang cedera.

Sumber juga berkata, anak lelaki beliau yang berada di Singapura kini dalam proses mendapatkan dokumen perjalanan untuk berangkat ke Arab Saudi bagi menguruskan hal berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: jemaah hajiSingapurawarga singapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd