• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN Sahkan Mahathir Jadi Alat Pancing Undi Melayu

oleh AK-47
20/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu mengesahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya dipergunakan pembangkang untuk memancing undi Melayu di kampung dan Felda.

Beliau membuat pengesahan secara tidak langsung itu dalam satu ceramah bagi menjelaskan pelantikan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun tersebut sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.

“Timbul Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diasaskan Mahathir) yang nak jatuhkan Barisan Nasional (BN). Kenapa kita tidak boleh bersatu (bekerjasama). Kita lupakan sengketa lama, kita bergabung.

“Inilah masanya kita jatuhkan kerajaan. Peneroka banyak usia 50-an dan 60-an. Orang Melayu hanya kenal dua pemimpin. Pertama Tun Razak dan kedua Mahathir… Luar bandar ni orang Melayu,” katanya.

Pakatan Harapan dibarisi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) belum lagi disahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan serta masih bersatus haram.

Mohamad dalam pada itu mendakwa pemerintahan Mahathir tidak sempurna dan tindakan pembangkang menghentam Mahathir selama ini kononnya hanyalah satu bentuk kritikan.

Beliau dalam pada itu meminta rakyat tidak mempedulikan PAS yang akan bersendirian dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 ibarat seekor kera.

“Parti lama saya nak duduk sendirian biarkan. PAN tak kuat, DAP tak kuat, PKR tak kuat, Bersatu (PPBM) tak kuat. Bergabung kita kuat untuk tewaskan BN,” katanya lagi.

Selain itu, Mohamad memuji jasa Mahathir sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun yang mahu memastikan orang Melayu maju dan mampu bersaing dengan kaum lain.

“Mahathir nak orang Melayu maju boleh berenang laut Inggeris, boleh panjat gunung Everest,” katanya.

Ironinya Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu adalah pemimpin pembangkang yang paling lantang mengecam Mahathir selama ini.

Beliau antaranya menggelarkan Mahathir sebagai maha firaun, bapa segala penyamun di Malaysia, diktator dan penjahanam orang Melayu. – BERNAMA

Tags: Tun Dr Mahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

‘Netanyahu Patut Ditangkap Dan Dihukum Gantung’ – Tun M

23/11/2024
0

KUALA TERENGGANU - Tindakan waran tangkap dikeluarkan terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant...

Pecah Rekod Makan Nasi Kandar RM218

Bangsa Melayu Bakal Hilang 10 Tahun Lagi – Tun M

20/01/2024
0

PUTRAJAYA - Bangsa Melayu berisiko untuk hilang dalam tempoh 10 tahun akan datang sekiranya tidak bersatu padu dari sekarang. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd