• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti Mewah Gadis Melayu ‘Sugar Baby’ Terbesar Di KL!

oleh
20/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERBAIK!… Malaysia bakal mengikut jejak langkah Amerika Syarikat (AS), Britain dan Australia menawarkan ramai gadis menjadi teman suami orang kaya atau lazim disebut sebagai sugar baby.

Senario itu bakal mencontohi lebih dua juta penuntut pelbagai universiti seluruh AS menjadi sugar baby kepada ramai jutawan ternama sekali gus menampung yuran pengajian, sewa kediaman dan perbelanjaan harian mereka.

Terbaharu, platform terkenal aktiviti maksiat itu, TheSugarBook mengumumkan kemunculan pelancaran parti rasmi mereka di Kuala Lumpur yang akan berlangsung penuh meriah namun secara tertutup pada 27 April depan.

Portal diasaskan sejak 2016 itu sehingga kini berjaya membolehkan ramai gadis berperwatakan menarik di pusat pengajian tinggi awam dan swasta mencuba nasib dengan menawarkan khidmat sugar baby kepada lelaki kaya.

Menurut laman TheSugarBook, parti mewah dan tertutup ini hanya eksklusif untuk gadis sugar baby dan hartawan sugar daddy tempatan untuk bertemu dan saling berkenalan merapatkan hubungan sulit tanpa ikatan perkahwinan.

Kumpulan yang kini disertai lebih 200,000 ahli berpusat di ibu negara itu menawarkan jutawan terbabit dengan pakej perjumpaan tempahan awal VVIP sebanyak RM2,650 untuk satu meja manakala VIP hanya RM1,700 semeja.

Bagaimanapun untuk kemasukan pasangan secara umum sekadar menikmati satu minuman percuma dari 8.30 malam sehingga hampir tengah malam sambil menikmati pencuci mulut, pengunjung cuma kena bayar RM300.

Platform dianggap paling pantas berkembang di Asia itu membolehkan sugar daddy yang berminat mempamerkan kemampuan tahap kewangan mereka bagi menarik perhatian gadis yang hadir untuk tampil menjadi kekasih gelap.

Meskipun perusahaan atas talian ini menawarkan perkhidmatan yang penuh kontroversi, namun sehingga kini belum ada wujud lagi sebarang undang-undang bagi menyekat operasi sebegini menurut Majlis Peguam Malaysia.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Teknologi Maklumat dan Undang-Undang Sibernya, Foong Cheng Leong yang dipetik akhbar The Star menjelaskan, “Tidak bermoral tidak semestinya bermaksud melanggar undang-undang!”

Pembayaran untuk perkhidmatan kekasih rahsia itu ujar beliau lagi secara legal adalah dianggap sebagai sah selagi mana tidak melibatkan perbuatan yang terlarang, termasuk aktiviti persundalan dan pengiklanan pelacuran terbuka.

Hasil tinjauan rawak portal tempatan Menara.my menerusi aplikasi TheSugarBook mendapati terdapat sebilangan pengguna kelihatan sebagai gadis berbangsa Melayu Islam termasuklah yang bertudung turut menawarkan diri.

Tidak pasti apakah bentuk perkhidmatan maksiat yang bakal ditawarkan sugar baby kepada sugar daddy itu kelak, tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah ada gadis berhijab menggambarkan memiliki “keinginan seksual tinggi”.

Dalam pada itu, kerajaan Singapura menerusi jawapan di Parlimen bulan lalu mengesahkan pihak polis republik tersebut memantau laman berkenaan kerana bimbang dengan pengaruh negatifnya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: sugar babysugar daddy
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perkasa Pendidikan Seks Sedari Kecil

24/03/2021
0

KUALA LUMPUR - "Hidup mewah, hidup bergaya. Serba-serbi mahu berjenama". Gaya kehidupan sebegini sememangnya menjadi impian serta gilaan ramai orang...

“Malam Malang Tahun 2017”

23/03/2021
0

KUALA LUMPUR - "Saya masih ingat pada satu malam pada 2017. Malam yang begitu malang untuk saya. Malam itu, sugar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd