• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tagih Kerusi Bukti PAN Parti Pinggiran Pakatan Harapan

oleh Haris
20/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGERUSI PAN Selangor, Izham Hashim dalam satu kenyataan baru-baru ini menuntut tiga lagi kerusi untuk parti serpihan PAS itu di Selangor, membuktikan bahawa PAN sememangnya nampak seperti parti paling lemah dalam Pakatan Harapan (PH).

PAN yang selama ini mendakwa partinya menggantikan PAS sebagai sekutu baharu DAP dan PKR nampaknya jauh daripada impiannya itu.

Serpihan UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) lebih meyakinkan bagi DAP yang menguasai PH, walaupun masing-masing saling curiga-mencurigai, takut ditikam belakang atau depan.

Di negeri Selangor yang dikuasai DAP dan PKR, PPBM mendapat kerusi negeri hanya kurang sedikit daripada PAN, sedangkan kalau hendak menggantikan PAS, PAN mesti merebut kerusi-kerusi PAS.

“Kita mahu menyelesaikan perkara ini secepat mungkin, kita juga bersetuju untuk melepaskan kerusi Sungai Panjang untuk diserahkan kepada Bersatu (PPBM).

“Kita banyak berlapang dada, tetapi janganlah kita dapat jumlah kerusi yang sedikit dan jaraknya terlalu jauh dengan komponen lain dalam Pakatan Harapan, saya berharap pengagihan kerusi ini dibagi secara adil kepada semua komponen Pakatan Harapan,” kata Izham seperti dipetik media.

Kenyataan ini terlalu jelas menunjukkan pengakuan bahawa PAN sedar mereka semakin terpinggir di Selangor, negeri yang mereka dakwa negeri PH dan PAS sepatutnya melepaskan semua jawatan dalam kerajaan negeri.

PAN sebenarnya bimbang dengan kerusi sedia ada yang dicuri daripada PAS, yang tiada satu pun kerusi selamat bagi mereka, sama ada dalam pertandingan dua penjuru atau tiga penjuru.

Dalam keadaan sekarang, PKR terpecah dua di Selangor, satu kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan satu kem lawannya.

Walau bagaimanapun PKR kem Azmin masih kuat, dan dipercayai mendapat sokongan kuat wakil-wakil PAS sedia ada yang akan kekal bersama beliau jika bertanding dan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

PAN telah meletakkan diri mereka dalam bahaya apabila bertentangan pendapat dengan Azmin secara terbuka beberapa kali.

Dulu, semasa menuntut jawatan ahli majlis dan jawatan lain dalam kerajaan negeri Selangor, PAN berselisih pendapat dengan Azmin.

Kemudian semasa pembahagian kerusi, tindakan-tindakan PAN telah dikritik oleh Azmin yang menyifatkan PAN sebagai tidak amanah.

PAN akhirnya hanya menyukarkan diri mereka sendiri, apabila bermusuh dengan PAS dan tidak menjadi rakan yang baik kepada komponen PH.

Tidak seperti PPBM, PAN tidak membawa kekuatan yang membolehkannya menjadi satu aset berguna kepada PH.

PAN juga sebagai parti yang lemah dan semakin jelas satu liabiliti kepada PH, nampaknya akan terus dipinggirkan dalam PH di Selangor dan di mana-mana. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Parti Amanah Negara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Nasional, Muammar Qaddafi Mohd Nasir mengakui Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) antara badan...

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menegaskan isu bekalan tenaga tidak seharusnya dipolitikkan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd