• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Rakan Raih RM12,000 Sebulan Hasil Pisang

oleh Ahmad Albab
21/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

POKOK SENA – Tiga rakan yang mengusahakan tanah terbiar dengan projek kluster tanaman pisang berangan di Kampung Paya Besar di sini berjaya meraih pendapatan kira-kira RM12,000 sebulan daripada tanaman itu.

Abu Bakar Don, 56, berkata beliau mengusahakan projek berkenaan di kawasan seluas kira-kira lima hektar sejak 2016 bersama dua rakan kongsi bagi menambah sumber pendapatan.

“Dengan tanah yang luas, saya dan dua rakan memanfaatkannya sebaik mungkin walaupun pada mulanya hutan begitu tebal, dan Alhamdulillah kami mendapat bantuan sepenuhnya daripada Jabatan Pertanian daerah dan Pejabat Daerah Pokok Sena untuk melihat projek ini berjaya diketengahkan,” katanya ketika ditemui Bernama.

Abu Bakar berkata antara bantuan itu adalah pembiayaan kos kerja pembersihan kawasan hutan, pemberian anak pokok serta baja selain menyediakan dua kolam takungan air dan sistem pengairan untuk keperluan tanaman.

Katanya kerja penanaman pisang itu bermula selepas Jabatan Pertanian Pokok Sena menawarkannya supaya melaksanakan projek kluster itu memandangkan pisang berangan mempunyai potensi besar untuk dimajukan kerana mempunyai pasaran baik dan hasil lumayan.

“Penjagaannya juga tidaklah rumit seperti yang disangka asalkan mempunyai bekalan air dan baja yang mencukupi agar tumbesarannya tidak terbantut dalam tempoh sembilan bulan untuk tumbuh dan berbuah,” katanya.

Beliau berkata setiap pokok mampu menghasilkan setandan pisang dengan berat kira-kira 25 kilogram dan dijual pada harga RM2.50 sekilogram manakala kira-kira RM12,000 nilai jualan diperoleh dalam masa sebulan.

“Sehingga sekarang pun kami boleh dapat jual kira-kira RM3,000 seminggu dan peroleh lebih kurang RM12,000 sebulan. Dari segi pasaran, kami juga tidak mengalami masalah kerana Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan membeli (pisang berangan itu) selain orang perseorangan untuk pasaran di Langkawi, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kelantan dan beberapa negeri lain di Semenanjung,” katanya.

Sementara itu, Agen Pengembangan Kawasan Lesong dan Tualang Jabatan Pertanian Pokok Sena Faizah Mehat ketika dihubungi berkata projek kluster tanaman pisang berangan di Kampung Paya Besar itu dijadikan projek contoh bagi daerah ini.

Katanya kesungguhan yang ditunjukkan Abu Bakar dan rakan kongsinya itu memberi kepercayaan kepada pihak jabatan pertanian untuk membiayai tanaman tersebut sehingga berjaya.

“Mereka sebelum ini berjaya dalam mengusahakan tanaman pertanian lain seperti sayur-sayuran dan tanaman nanas, di mana kita rasa patut diketengahkan projek seperti ini untuk peningkatan pendapatan dan memenuhi permintaan pasaran,” katanya. – BERNAMA

Tags: pisangrakan
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Polis Buru 2 Rakan Didakwa Aniaya Eda Ezrin Dan 5 Lagi

Polis Buru 2 Rakan Didakwa Aniaya Eda Ezrin Dan 5 Lagi

10/08/2025
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan menyifatkan keterangan diberi penyanyi dikir barat moden yang popular dengan lagu 'Bae Sobar Bae', Eda Ezrin...

Lelaki OKU Kudung Tangan, Rakan Dituduh Lakukan Rompakan Berkumpulan

Lelaki OKU Kudung Tangan, Rakan Dituduh Lakukan Rompakan Berkumpulan

30/12/2024
0

BUTTERWORTH - Seorang lelaki yang berstatus orang kurang upaya (OKU) bersama rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd