• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bilangan Penjawat Awam Tidak Akan Dikurangkan

oleh Ahmad Albab
20/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan berpuas hati dengan jumlah kakitangan dalam perkhidmatan awam sedia ada dan menegaskan tidak akan mengurangkan jumlah tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata kerajaan juga tidak bersetuju dengan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan jumlah penjawat awam negara ini terlalu ramai termasuk membandingkan Malaysia dengan negara-negara lain.

“Sebenarnya peratusan atau nisbah yang digunakan dan dibanding dengan negara lain kadangkala (ibarat) membandingkan ‘apple’ and ‘orange’ kerana kita masukkan polis, askar dan sebagainya dalam jumlah perkhidmatan awam kita.

“Ada negara yang polis, askar dan sebagainya tidak dimasukkan (dalam perkhidmatan awam). Jadi perbandingan itu tidak tepat,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) yang bertanyakan mengenai dakwaan sesetengah pihak termasuk pembangkang kononnya perkhidmatan awam di negara ini sudah menjadi terlebih besar dan ada yang mencadangkan untuk saiz perkhidmatan awam diperkecilkan.

Malah Entulu berkata terdapat bahagian dalam jabatan-jabatan kerajaan tertentu yang menghadapi kekurangan pegawai dan kakitangan sehingga mereka terpaksa bekerja di hari minggu.

“Pegawai-pegawai kita di peringkat setiausaha bahagian ke atas banyak kali tidak ada hari rehat dan terpaksa bekerja pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

“Ada pegawai tertentu minta bersara apabila dipohon menyambung semula perkhidmatan atas kepakaran mereka. Tetapi mereka cakap letih,” katanya. – BERNAMA

Tags: KerajaanPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

20/07/2026
0

Hutang Negara Bertambah Kerana 'Interest' 1MDB Oleh Mynewshub KAJANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan jumlah hutang negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd