• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Teksi, Pengawal Warga Nepal Bergaduh

oleh AK-47
20/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Dua lelaki, seorang daripadanya warga asing ditahan kerana terlibat dalam pergaduhan di sebuah asrama pekerja kilang di Taman Cendana, Pasir Gudang di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Jokhiri Abd Aziz berkata kejadian pada 5 petang itu berlaku apabila seorang pemandu teksi menerusi talian berusia 36 tahun mahu masuk ke dalam kawasan asrama itu untuk menurunkan penumpang tetapi tidak dibenarkan oleh pengawal keselamatan warga Nepal berumur 21 tahun.

“Biarpun ditegah, namun pemandu teksi itu tetap masuk ke dalam dan ketika membuat pusingan untuk keluar, pengawal keselamatan berkenaan bertindak menutup pintu pagar asrama dan menguncinya.

Jokhiri berkata berikutan itu berlaku pertengkaran mulut di antara kedua-duanya sehingga mengheret empat lagi pengawal lain datang ke tempat kejadian sebelum berlakunya insiden tolak menolak dan tumbuk menumbuk.

“Bagaimanapun, kehadiran polis di tempat kejadian selepas menerima maklumat berjaya mengawal keadaan namun tidak berpanjangan kerana pemandu teksi berkenaan telah memaklumkan kejadian kepada rakan-rakannya menerusi laman sembang WhatsApp.

Susulan itu, berlaku satu provokasi antara kumpulan pemandu teksi itu dan pengawal keselamatan hingga memaksa polis campur tangan bagi meleraikan mereka.

Jokhiri berkata ekoran kejadian, pemandu teksi berkenaan cedera di muka dan hidung manakala seorang daripada pengawal keselamatan lebam di badan dan mereka dibawa ke hospital untuk rawatan sebelum ditahan untuk siasatan lanjut.

Polis kini sedang mengesan empat suspek yang masih bebas.

Kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun kerana merusuh yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali. – BERNAMA

Tags: Supt Jokhiri Abd Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd