• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nelayan Gembira Temui Semula Bot Hilang

oleh AK-47
20/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Sebuah bot nelayan laut dalam yang dilaporkan hilang dari pangkalan Kompleks Persatuan Nelayan Semerak, Pasir Puteh Feb lepas, dijumpai semula di laut Wilayah Chanthaburi, Thailand pada 1 Mac lalu.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga ACP Norzaid Muhammad Said berkata bot nelayan tempatan itu disyaki dilarikan oleh seorang awak-awak warga Thailand berusia 40 tahun yang bekerja dengan pemilik bot berkenaan.

“Bot tersebut dipercayai untuk dijual kerana ia telah dikesan di Wilayah Chanthaburi (sempadan Thailand dan Kemboja) pada 1 Mac lalu hasil kerjasama Pasukan Polis Marin dengan Royal Thai Marine Police Takbai,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan bot berkenaan daripada Royal Thai Marine Police kepada Pasukan Polis Marin di Pengkalan Kubor di sini, hari ini.

Norzaid berkata ketika bot itu ditemui kira-kira 370 batu nautika dari pantai Tok Bali, bot itu telah diubah suai termasuk dicat baru tetapi belum sempat nombor pendaftarannya ditukar.

Beliau berkata bot itu ditinggalkan kosong dan pihak berkuasa sedang mengesan suspek yang terlibat.

Sementara itu, pemilik bot tersebut, Mohd Faizam Abdullah berkata beliau menyedari bot bernilai RM450,000 yang dibelinya pada tahun lepas hilang di pangkalan tersebut kira-kira pukul 8 malam pada 19 Feb lalu. – BERNAMA

Tags: BOT HILANG
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Pekerja Resort Di Pulau Tenggol Dikhuatiri Hilang Di Laut

01/08/2019
0

DUNGUN - Tiga pekerja sebuah resort di Pulau Tenggol dekat sini dikhuatiri hilang selepas bot yang mereka naiki gagal tiba...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd