• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruterbang Maut Pesawat Ditembak Pemberontak

oleh AK-47
20/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DAVAO CITY – Seorang juruterbang maut selepas pesawat penyembur yang dipandunya ditembak sekumpulan pemberontak di wilayah bergolak Mindanao di selatan Filipina, lapor agensi berita China Xinhua.

Jurucakap tentera, Mejar Ezra Balagtey, berkata beliau percaya pihak pemberontak bertanggungjawab dalam insiden itu, yang berlaku di bandar Tagbina dalam wilayah Surigao del Sur.

Sementara itu, polis berkata pesawat enjin tunggal Grumman tersebut yang disewa oleh Sumitomo Fruits Corporation dan dipandu oleh Kapten Lynbert Laguda, telah ditembak ketika terbang rendah ketika melakukan rutin menyembur racun serangga perosak.

Tiga peluru didapati menembusi fiuslaj yang terletak berhampiran kokpit dan satu daripadanya terkena bahagian belakang badan mangsa.

Menurut pihak berkuasa, mangsa berjaya mendaratkan pesawat itu namun meninggal dunia sejurus tiba di hospital akibat kehilangan darah yang banyak.

Seorang pegawai berkata pemberontak turut bertindak memusnahkan kebun pisang dan membakar premis di kawasan itu selepas syarikat terbabit enggan membayar “cukai revolusioner.”

Pada 2006, pemberontak telah memberi amaran bahawa mereka akan menembak pesawat penyembur yang didakwa terlibat dalam amalan merosakkan alam sekitar. – BERNAMA

Tags: Mejar Ezra Balagtey
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd