• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Temenggong Kedah Bantu Mangsa Ribut

oleh AK-47
20/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YAN – Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan menyampaikan bantuan kepada mangsa ribut di beberapa kampung di sekitar daerah ini yang rosak teruk akibat dilanda ribut pada 7 Mac lepas.

Kejadian kira-kira 5.30 petang itu telah menyebabkan lebih 50 rumah di Kampung Haji Lateh, Kampung Gelam 3, Kampung Batu 11, Kampung Batu 16 dan Kampung Batu 18 mengalami kerosakan teruk.

Tunku Puteri Intan Safinaz yang juga Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) berkenan menyampaikan barangan keperluan harian dan wang tunai kepada 55 penerima sumbangan itu di Surau Kampung Haji Lateh dekat sini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom merangkap Anggota Parlimen Jerai serta barisan Anggota Lembaga YSB.

Sementara itu, seorang penerima Mohamad Aswad Zainol, 29, dari Kampung Batu 11 berkata dia gembira menerima sumbangan itu kerana sedikit sebanyak dapat membantunya menampung kos membaiki bumbung rumahnya yang diterbangkan angin pada hari kejadian.

“Ini dapat ringankan beban untuk saya baiki rumah. Sebelum ini, sebahagian bumbung yang rosak telah dibaiki dan dengan sumbangan wang tunai yang diterima hari ini dapat saya baiki bumbung rumah sepenuhnya,” katanya.

Selain itu, Eshah Itam, 78, dari Kampung Batu 16 pula berkata bantuan wang tunai yang diterima itu akan digunakan bagi membaiki bahagian atap rumahnya yang telah didiami lebih 50 tahun itu. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd