• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

34 Pengamal Media Sertai Bengkel Laporan Bencana

oleh AK-47
19/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kira-kira 34 pengamal media menyertai Bengkel Laporan Berkesan Mengenai Bencana selama tiga hari anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan Kedutaan Amerika Syarikat di sebuah hotel di sini hari ini.

Ketua pegawai eksekutif MPI Datuk Chamil Wariya berkata bengkel itu bertujuan mendedahkan peserta tentang pentingnya wartawan menyampaikan maklumat tepat dan sah apabila membuat liputan berkaitan bencana serta panduan keselamatan ketika menjalankan tugas.

Katanya, bengkel itu juga diharapkan dapat memupuk kerjasama antara pengamal media dan pihak berkuasa yang mempunyai kaitan penting dengan laporan bencana.

Beliau berkata apabila membuat liputan bencana, pemberita perlu memanfaatkan segala pengalaman dan latihan yang pernah diikuti mereka kerana dalam keadaan demikian, mereka perlu mengumpul maklumat di tempat kejadian dalam penuh kesulitan serta menulis berita dengan kadar segera.

“Atas kesedaran ituIah bengkel ini dianjurkan bagi memberi gambaran asas tentang tugas membuat laporan bencana dan nahas. Semoga, pada akhir program ini nanti, peserta akan menyedari bahawa membuat liputan tentang bencana bukan tugas mudah,” kata Chamil dalam ucapan alu-aluan pada program itu, yang dirasmikan Atase Akhbar di Kedutaan Amerika Syarikat Morgan J. O’brien.

Di samping ceramah oleh wakil daripada pihak berkuasa berkenaan, bengkel itu juga diisi dengan lawatan ke bilik operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat, Bilik Operasi Bencana Negeri Sarawak dan Hospital Umum Sarawak. – BERNAMA

Tags: Ketua pegawai eksekutif MPI Datuk Chamil Wariya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd