• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Pengangguran Belia Malaysia Rendah

oleh Ahmad Albab
20/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kadar pengangguran belia di Malaysia adalah lebih rendah berbanding New Zealand dan Australia, kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata kadar pengangguran belia negara adalah 12.4 peratus berbanding New Zealand (14 peratus), Australia (12.5 peratus) dan negara membangun lain seperti Filipina (13.5 peratus) dan Indonesia (19 peratus).

“Kadar kebolehpasaran graduan di negara ini pula adalah sebanyak 79.1 peratus,” katanya menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Fong bertanyakan adakah kursus-kursus di Institusi Pengajian Tinggi di negara ini akan disemak semula mengikut kesesuaian dengan kehendak pasaran ekoran kebolehpasaran masa kini masih kurang memuaskan.

Idris berkata kejayaan itu dicapai menerusi kerjasama kementerian dengan pihak industri dalam memastikan tiada pemisahan di antara akademia dan industri, sekali gus melahirkan graduan yang mengikut kehendak industri.

“Sekarang saya jumpa industri dan tanya kepada mereka, apakah yang mereka mahu? Sebab itu kita ada kurikulum fleksibel…saya percaya dengan kerjasama begitu erat ini, kita akan mendapati isu-isu kebolehpasaran dapat dipertingkatkan sepenuhnya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris Jusoh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

100 Biasiswa Menteri Untuk Pelajar Terbaik Politeknik

25/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Sebanyak 100 Biasiswa Menteri Pendidikan Tinggi ditawarkan kepada pelajar cemerlang politeknik yang menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik dan...

Siswa Jaga Etika Dan Patuh Undang-Undang Berkempen

14/04/2018
0

PASIR MAS - Mahasiswa diingatkan supaya menjaga etika dan tidak melanggar undang-undang negara sekiranya mereka turut serta berkempen pada pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd