• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Bayi Perempuan

oleh Ahmad Albab
20/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 39, selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, pada 8.17 pagi ini.

Suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 59, berkata bayi seberat 3.55 kilogram itu dan isterinya kini dalam keadaan baik dan sihat.

Beliau juga melahirkan rasa kesyukuran kerana proses bersalin berjalan dengan lancar dan selamat sambil memaklumkan mereka memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama adalah kerana bersamaan hari kelahiran Rasulullah SAW selain jatuh pada tarikh 1 Rejab.

“Terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan,” katanya dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan pengurus Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak di laman Facebook rasmi penyanyi berkenaan hari ini.

Mengenai wajah dan nama anak, pasangan popular berkenaan meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya.

“Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu,” menurut kenyataan itu.

Penyanyi kesayangan ramai kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu bernikah dengan Khalid atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K pada 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Siti Nurhaliza
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Siti Nurhaliza Paling Ramai Pengikut IG Di Malaysia

31/01/2019
0

HEBAT... Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin kini menjadi individu dengan jumlah pengikut Instagram terbanyak di Malaysia....

Siti Rai Ulang Tahun Ke-40 Dengan Konsert 4 Negara

11/01/2019
0

HEBAT... Ratu Pop Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menyambut hari kelahirannya yang genap ke-40 pada hari ini. Penyanyi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd