• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasil Siasatan Kebakaran IPFN Siap Dua Minggu Lagi

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Hasil siasatan punca kebakaran dan nilai kerosakan stor Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang terlibat dalam kebakaran semalam dijangka akan diketahui secara rasmi dalam masa dua minggu lagi, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau berkata pihaknya masih menunggu laporan rasmi menerusi siasatan yang sedang giat dilakukan oleh pihak bomba bagi mengesan punca kebakaran.

“Semalam saya sendiri telah membuat lawatan ke HKL dan kita masih belum dapat membuat sebarang kenyataan sehingga mendapat laporan rasmi daripada pihak bomba,” katanya kepada pemberita pada program sepetang bersama Presiden MIC di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Pulau Sebang, di sini malam ini.

Subramaniam berkata tiada sebarang kemalangan jiwa mahupun kecederaan berlaku dan HKL masih beroperasi seperti biasa dan tiada aktiviti yang terjejas.

Katanya pihak hospital juga masih belum mengenal pasti jumlah kerosakan dan tidak dibenarkan masuk ke dalam bangunan terbabit sehingga siasatan forensik oleh pihak bomba selesai.

Sebahagian daripada bangunan IPFN dilaporkan terbakar kira-kira pada pukul 12.15 tengah hari semalam dipercayai akibat litar pintas. – BERNAMA

Tags: HKL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Lelaki Warga Asing Parah Di Parkir HKL

Polis Siasat Lelaki Warga Asing Parah Di Parkir HKL

02/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat kejadian seorang warga asing ditemui parah pada kepala dan badan di kawasan parkir bertingkat di Hospital...

Najib Dibenarkan Jalani Rawatan Di HKL

Najib Dibenarkan Jalani Rawatan Di HKL

22/03/2023
0

PUTRAJAYA : Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Jabatan Penjara memberikan kebenaran kepada bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd