• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCA Dijangka Adakan Perhimpunan Raksasa Di Ayer Hitam

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – MCA dijangka mengadakan perhimpunan raksasa di kawasan Parlimen Ayer Hitam sebagai memberi petanda awal bahawa parti itu tidak semudahnya membiarkan kawasan berkenaan jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pihaknya akan merancang perhimpunan itu secepat mungkin bagi menghalang tindakan berterusan pembangkang memainkan emosi rakyat.

Ini susulan tindakan DAP, parti sekutu dalam Pakatan Harapan (PH) yang mengumumkan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong sebagai calon untuk bertanding di kerusi terbabit menentang Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.

“Seperti yang kita tahu, emosi rakyat telah diapi-apikan oleh pembangkang dan pembangkang mahir dalam memecah belahkan rakyat di negara ini.

“Jadi, kita perlu mempertahankan kerusi kita dan memberitahu kepada rakyat wajah sebenar DAP,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Perkukuhkan Team Johor yang dihadiri lebih 5,000 masyarakat Cina di Dewan Serbaguna Johor Jaya di sini, hari ini.

Liow berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menamakan Liew sebagai calon PH ketika sambutan ulang tahun ke-52 DAP di Pusat Pilihanraya PH di Ayer Hitam, hari ini.

Liow berkata pihaknya tidak gentar akan penamaan itu kerana menyifatkan rakyat setempat pasti akan menyokong penyandang sedia ada.

Katanya, Liew bukanlah seorang anggota parlimen yang bertanggungjawab kerana sepanjang menjadi wakil rakyat di Kluang, beliau gagal menyelesaikan masalah penduduk setempat termasuk berhubung pembinaan Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru di Kluang yang mencetuskan kebimbangan ekoran perancangannya yang kurang sesuai.

Mengulas isu lain, Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata pihaknya menyambut baik cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mungkin mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) bagi PRU-14 lebih awal.

Beliau berkata, langkah itu akan membantu pihaknya dan juga parti-parti komponen untuk menyiapkan jentera lebih awal bagi memastikan ia berfungsi sebaiknya dalam menjalankan kerja-kerja parti.

“Kita dah buat persiapan jentera PRU dan yakin apabila mengumumkan calon lebih awal dapat membantu kita untuk persiapan menghadapi PRU,” katanya. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong LaiMCA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Seru Undi Calon MCA, MIC

24/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru penyokong PAS dan seluruh rakyat Negeri Sembilan mengundi calon MCA...

MCA Ucap Terima Kasih Anthony Loke: ‘Kami Memang Tidak Pernah Menang Di Negeri Sembilan Sejak 2013

MCA Ucap Terima Kasih Anthony Loke: ‘Kami Memang Tidak Pernah Menang Di Negeri Sembilan Sejak 2013

20/07/2026
0

SEREMBAN - MCA mengucapkan terima kepada Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook kerana mengingatkan MCA tidak pernah memenangi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd