• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Tak Lepas Tangan Isu Kenaikan Harga Barang

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah lepas tangan dalam isu kenaikan harga barang.

Katanya, kerajaan sebaliknya sentiasa memantau mana-mana pekedai yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan yang berlebihan selain memberikan bantuan subsidi kepada rakyat yang terkesan dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“Kita telah keluarkan subsidi berjumlah RM26 bilion secara bersasar termasuklah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bantuan kepada nelayan, petani serta pesawah.

“Memang dalam proses penukaran kepada sistem yang lebih cekap, akan ada pihak-pihak yang terjejas terutama mereka yang berpendapatan rendah. Jadi di sini kerajaan datang tolong…itu sistem kita,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Majlis Pelancaran dan Perasmian Pertubuhan Persahabatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab tuduhan pihak pembangkang yang mengatakan kerajaan berlepas tangan dalam isu kenaikan harga barang yang didakwa berikutan pelaksanaan GST.

“Memang betul harga naik… Masa pertama kali kita laksanakan sistem GST ini, harga naik sebab peniaga yang tak pernah bayar cukai sebelum ini dah kena bayar untuk pertama kali, terpaksa naikkan harga barang untuk cover kenaikan kos.

“Lama-kelamaan bila kita berikan masa sedikit, mereka akan compete sesama mereka. Mereka tak boleh terus-menerus naikkan harga barang sebab pengguna lebih bijak memilih barangan,” katanya yang juga Anggota Parlimen Titiwangsa.

Beliau turut menempelak pihak pembangkang yang masih tidak faham mengenai isu pelaksanaan sistem cukai GST dan menjelaskan bahawa GST adalah sistem pencukaian bagi menggantikan sistem Cukai Jualan (SST) sebelum ini yang tidak cekap.

Katanya melalui sistem GST, ia mampu menjejak pembayar-pembayar cukai yang lari daripada membayar cukai, satu kelebihan yang tidak ada pada sistem cukai SST. — BERNAMA

Tags: Datuk Johari Abdul GhaniHarga Barang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa kesan konflik di Asia Barat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd