• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlu Siasat Jika Ada Kecuaian Urus Air Di Selangor

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat sekiranya terdapat sebarang isu dan kecuaian dalam pentadbiran menguruskan air di Selangor.

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim yang membuat gesaan itu berkata ini berikutan gangguan bekalan air di Selangor yang tidak menemui sebarang jalan penyelesaian yang konkrit.

“Mungkin juga ada ‘udang di sebalik batu’ seperti yang didakwa oleh bekas Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sindiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada persidangan Dewan Rakyat minggu lalu terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai isu air adalah sangat pedas dan sukar diterima oleh pihak pembangkang.

“Di saat itu, perdana menteri menerangkan bahawa yang lebih kritikal adalah air di Selangor dan menyatakan bahawa hutang negara berada pada paras terkawal,” katanya.

Malah, Irmohizam berkata penyediaan air percuma di Selangor sebanyak 20 meter padu tidak seperti yang disangkakan kerana dikhabarkan berkemungkinan kerajaan Selangor menggunakan Wang Pelaburan Kerajaan Persekutuan.

“Sebelum ini kerajaan Selangor bangga dengan menguar-uarkan air percuma sedangkan rakyat tahu bahawa RM14 bilion diperuntukkan oleh kerajaan Persekutuan untuk penstrukturan semula dan baik pulih air di Selangor,” katanya.

Sebelum ini, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) memaklumkan beberapa kawasan di sekitar Selangor mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja-kerja pembaikan di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) di Bestari Jaya, Kuala Selangor mulai 6 hingga 9 Mac.

Bagaimanapun, tempoh pemulihan berkenaan tersasar daripada jangkaan apabila Sistem Mampatan Udara di SSP3 gagal berfungsi dengan baik menyebabkan lima batang paip bersaiz 1,100 mm rosak dengan dua daripadanya pecah serta terpelanting keluar daripada strukturnya.

Kejadian itu menyebabkan 427 kawasan termasuk Shah Alam, Klang, Petaling, Gombak, Hulu Selangor dan Kuala Langat terus terputus bekalan air sehingga 11 Mac. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Irmohizam Amal Pendekatan Mesra Rakyat

03/05/2018
0

KUALA SELANGOR - Calon BN Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim menggunakan pendekatan ‘walkabout’ atau tinjauan mesra yang dilihat...

Manifesto BN Inklusif Janji Kemajuan Di Setiap Negeri

17/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Manifesto Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bersifat inklusif merangkumi janji kemajuan di setiap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd