• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jambatan Angkat Terengganu Siap September

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Jambatan angkat yang menghubungkan Kuala Terengganu Selatan dengan Seberang Takir, di sini dijangka siap September ini dan beroperasi sebulan selepas itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Ahmad Razif berkata jambatan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara itu dibina melibatkan kos RM248 juta dan mampu menghubungkan jalan terus ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM).

Katanya, dengan siapnya jambatan di bawah kelolaan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) itu, ia bukan sahaja memendekkan perjalanan dari Kuala Terengganu ke LTSM yang hanya mengambil masa kira-kira 10 minit tetapi juga menjadi tarikan pelancong.

“Istimewa jambatan itu kerana ia merupakan yang pertama di Asia Tenggara. Ia menjadi mercu tanda baharu bagi negeri yang sering disebut sebagai cantik budaya menarik…ramai akan kenal Terengganu dengan jambatan angkat selain keropok lekor dan nasi dagang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan kerja di sekitar jambatan berkenaan dengan diiringi Pengurus Besar, Bahagian Perancangan Strategik Korporat ECERDC Datuk Ragu Sampasivam di sini hari ini.

Selain itu, Ahmad Razif berkata apabila siap kelak, kesesakan yang sering berlaku di jambatan Sultan Mahmud ketika waktu puncak juga akan dapat diatasi malah pelancong akan tertarik berikutan terdapatnya empat menara yang menempatkan pelbagai jenis kedai untuk jualan makanan dan barangan.

Tambahnya, kawasan itu akan dijadikan bandar warisan pesisir air dan berdasarkan perancangan awal di sekitar jambatan itu turut dibangunkan pangkalan bot dan kapal, selain kompleks membeli-belah KTCC Mall yang melibatkan kos RM1 bilion dengan dilengkapi 200 unit kedai, cineplax 10 skrin, gelanggang boling 48 lorong dan juga menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu 30 tingkat di Muara Selatan.

“Tidak berapa lama lagi Mayang Mall akan mula beroperasi di situ yang akan menempatkan apartmen yang menjadikan kawasan itu satu kawasan tarikan yang utama pengunjung dan pelancong,” katanya.

Kini orang ramai mampu memilih laluan untuk ke Kuala Nerus kerana apabila siap kelak terdapat empat jambatan yang menghubungkan Kuala Terengganu iaitu Jambatan Sultan Ismail (Pulau Rusa-Manir), Jambatan Bukit Losong (Losong-Teluk Pasu), Jambatan Sultan Mahmud (Kuala Terengganu-Bukit Tunggal) dan Jambatan Angkat. – BERNAMA

Tags: Ahmad Razif Abdul Rahmanjambatan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunggul Kayu Hentam Jambatan Padang Tengku, JKR Sahkan Struktur Selamat Dilalui

Tunggul Kayu Hentam Jambatan Padang Tengku, JKR Sahkan Struktur Selamat Dilalui

10/01/2026
0

LIPIS: Jabatan Kerja Raya (JKR) Lipis mengesahkan Jambatan Padang Tengku di Seksyen 112.20, Jalan Lipis–Gua Musang (FT008) selamat dan boleh...

Sebahagian Jambatan Hongqi di Provinsi Sichuan, China Runtuh Menjadi Debu

Sebahagian Jambatan Hongqi di Provinsi Sichuan, China Runtuh Menjadi Debu

12/11/2025
0

Oleh Mynewshub  Maerkang, Provinsi Sichuan (11 November 2025) – Sebahagian daripada Jambatan Hongqi sepanjang kira-kira 758 meter di provinsi barat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd