• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembantu Makmal Diperdaya Sindiket Macau Scam

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pembantu makmal kerugian RM58,290 setelah diperdaya anggota sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu pada 8 Mac lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa, 58, sebelum itu menerima panggilan daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Alliance Bank yang mengatakan pengadu mempunyai pinjaman bank sebanyak RM70,000.

“Mangsa dikatakan mempunyai tunggakan bayaran sebanyak dua bulan, namun dia telah menafikannya menyebabkan panggilan itu telah disambungkan kepada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Teo.

“Teo mendakwa mangsa turut terlibat dengan kes dadah menyebabkan panggilan itu disambung pula kepada ‘Insp Farid’ yang mendakwanya mempunyai satu waran tangkap.

“Untuk mengelak ditahan, Insp Farid tadi telah meminta mangsa membuka satu akaun baharu di CIMB yang dikatakan mempunyai sistem ‘SPNS’, kononnya mampu mengawal ketat wang dalam akaun daripada dicerobohi orang lain,” kata Mohd Wazir ketika dihubungi di sini hari ini.

Terpedaya dengan perkara itu, mangsa telah pergi ke CIMB cawangan Raub pada hari yang sama dan telah memberikan semua butiran berkenaan akaun baharu berkenaan kepada Insp Farid melalui aplikasi ‘Whatsapp’.

Mangsa juga telah melakukan beberapa kali transaksi pemindahan wang ke akaun tersebut sehingga berjumlah RM58,290 pada Selasa lepas dan memaklumkannya kepada Insp Farid.

“Bagaimanapun ketika mangsa memeriksa semula akaunnya pada Khamis lepas didapati wang di dalam akaun CIMB itu telah lesap dan telah dipindahkan tanpa pengetahuannya.

“Berikutan itu, mangsa baharu menyedari dirinya telah ditipu dan telah membuat laporan polis di IPD Raub bagi tindakan lanjut,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Wazir menasihati orang ramai ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan sebarang panggilan telefon yang diterima yang mendakwa daripada pihak bank mahupun agensi kerajaan yang lain. – BERNAMA

Tags: Sindiket Macau Scam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ketua Sindiket Macau Scam Ditahan

01/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Dalang utama sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang menghubungkan antara sindiket Malaysia dan China antara...

Polis Teruskan Usaha Buru Goh

18/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Polis meneruskan usaha memburu suspek utama kes pengubahan wang haram didalangi sindiket Macau Scam yang melarikan diri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd