• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kebakaran: HKL Adakan Mesyuarat Strategi Kontigensi

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan mengadakan mesyuarat “maklum balas” bersama pengurusan tertinggi HKL bagi menetapkan strategi kontingensi berhubung kebakaran di stor penyimpanan peralatan Jabatan Patologi di Insititut Forensik Perubatan Negara (IFPN) di HKL hari ini.

Pakar Perubatan Kecemasan dan Trauma HKL Dr Alzamani Mohammad Idrose berkata mesyuarat berkenaan akan disertai ketua-ketua jabatan, ketua jururawat, pihak kejuruteraan dan bahagian farmasi bagi membincangkan Pelan Kesinambungan Perkhidmatan.

Beliau berkata perbincangan terperinci akan dibuat bagi memastikan semua pesakit dan petugas selamat serta sistem dan operasi HKL berjalan lancar.

“HKL mempunyai Pelan Kontingensi bagi memastikan kelancaran operasi dan Alhamdulillah kerana perkhidmatan hospital masih dapat berjalan lancar walaupun terdapat gangguan dengan kerja-kerja pembaikan pihak kerjuruteraan bagi memastikan keselamatan hospital terjamin.

“Oleh yang demikian, bahagian Zon Hijau dan Kuning yang terletak berhampiran dengan lokasi kebakaran ditutup sementara kerana bau asap yang dibawa angin dan bukannya kerana terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

“Zon ini akan dibuka semula dan dijangka tidak mengambil masa yang lama. Selaras dengan Pelan Bencana Hospital, pesakit-pesakit perlu dimasukkan ke wad dengan segera supaya ruang rawatan dapat menampung pesakit-pesakit Zon Kuning,” katanya.

Dr Alzamani Mohammad berkata keadaan dapat dikawal dengan baik berdasarkan respons yang pantas dari semua pihak.

“Pada masa ini pihak bomba sedang menjalankan siasatan forensik bagi memastikan dengan jelas akan punca kebakaran.

“Makanya, segala ruang diberikan supaya siasatan dapat berjalan dan punca dikenalpasti dan pada masa pihak kejuruteraan sedang membuat pemantauan dari segi bekalan gas oksigen dan bekalan elektrik,” katanya.

Beliau berkata HKl masih terus beroperasi seperti biasa dan dapat menampung kesemua keperluan pesakit yang ingin mendapatkan rawatan sama ada yang memerlukan wad.

Dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah hari tadi stor di IPFN HKL dilaporkan terbakar. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku.

Terdahulu Pengarah HKL Datin Dr Nor Akma Yusuf dalam satu kenyataan berkata pengungsian atau evakuasi pesakit, kakitangan dan pelawat dari bangunan berdekatan telah dijalankan mengikut prosedur. — BERNAMA

Tags: HKLkebakaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd