• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Banyak Bawa Perubahan Bola Sepak Negara

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan peletakan jawatan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) satu kerugian kepada pembangunan sukan bola sepak negara.

Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata meskipun Tunku Ismail baru setahun menerajui badan induk bola sepak itu, namun telah banyak perubahan yang telah dibawa.

“Satu tahun bukan senang untuk kita nak buat perubahan dan saya harap supaya Datuk Hamidin (Mohd Amin) selaku Setiausaha Agung FAM panggil semua badan gabungan buat mesyuarat khas… sama ada kita nak terima atau pun tidak peletakan jawatan itu.

“Saya nampak di bawah Tunku Ismail ini, usaha dan rancangan yang dibuat menunjukkan kita ke arah untuk membangunkan industri bola sepak di negara kita.

“Ramai yang cakap nak jadi presiden… tapi saya rasa Tunku Ismail ini kecil hati sebab ada orang menyindir-nyindir dia. Jadi kita akan minta supaya baginda dikekalkan dan kita akan terus menyokong,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program sukan rakyat anjuran Jawatankuasa Penduduk Taman Kelab Tuanku Mambau di sini, hari ini.

Mohamad diminta mengulas mengenai luahan sekali lagi hasrat Tunku Ismail pada Khamis untuk meletak jawatan sebagai Presiden FAM berikutan kejatuhan ranking skuad Harimau Malaya ke tangga 178 dunia.

“Jadi saya tidak tahulah siapa orang yang layak untuk jadi presiden tapi saya rasa Tunku Ismail untuk sementara waktu ini janganlah meletakkan jawatan dan PBNS selaku badan gabungan mahu melihat supaya baginda terus memegang jawatan dan kita sokong,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad HasanTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Exco Johor Nafi Dakwaan SSI Bukan Milik JDT

JDT Cipta Sejarah Dunia, Pecah Rekod 32 Tahun ASEC Mimosas

22/08/2026
0

Oleh Mynewshub ISKANDAR PUTERI – Malam 21 Ogos 2026 akan tercatat sebagai salah satu malam paling bersejarah bukan sahaja buat...

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

01/08/2026
0

REMBAU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd