• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Maut Kena Bilah Mesin, Kontraktor Didakwa Cuai

oleh
18/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BONGKAR… Kementerian Pendidikan mendapati ada kecuaian di pihak kontraktor pembersihan dan pengurusan sekolah dalam insiden pelajar maut terkena bilah mesin pemotong rumput.

Perkara itu didedahkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika mengulas kes di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman, Gemas, Negeri Sembilan pada 13 Februari lalu.

Beliau turut mengesahkan sudah pun menerima laporan penuh daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan selepas siasatan dalaman dilakukan bagi mencari punca sebenar kejadian kemalangan tersebut.

“Saya sudah baca laporan itu dan saya sahkan memang berlaku kecuaian di pihak kontraktor pembersihan dan pengurusan sekolah itu sendiri. Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut dalam kes ini.

“Bagi pihak kementerian, tindakan dalaman terhadap pengurusan sekolah sedang diambil mengikut peraturan sedia ada,” katanya selepas merasmikan Karnival Jualan Sentuhan Rakyat dan program bersama Usahawan Mikro Amanah Ikhtiar di Pusat Komuniti Cikgu Hashim, Barokhas, Padang Terap, Kedah, hari ini.

Mahdzir mengulas perkembangan kes Nur Afini Roslan, 14, yang maut selepas bilah mesin potong rumput terpelanting dan terkena kepalanya, sementara dua lagi pelajar mengalami kecederaan.

Mereka ialah Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, yang cedera di bahagian belakang kepala manakala Abdullah Hazlan, 14, pula cedera pada bahagian telinga kanan.

Kejadian pukul 10.30 pagi itu, berlaku di padang sekolah tersebut ketika mereka menjalani latihan perbarisan untuk program hari sukan sekolah berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: rumput
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kambing ‘Santai’ Atas Kabel Elektrik Sambil Kunyah Rumput

Kambing ‘Santai’ Atas Kabel Elektrik Sambil Kunyah Rumput

10/06/2025
0

JAKARTA - Aksi seekor kambing yang berdiri di atas kabel elektrik sambil mengunyah rumput mengundang pelbagai reaksi netizen selepas rakaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd