• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamad Pertahan DUN Rantau, KJ Di Rembau

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

REMBAU – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mengesahkan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya sejak tiga penggal lalu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Mohamad yang juga Ketua UMNO Rembau berkata kerusi Parlimen Rembau pula akan dipertahankan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

“Untuk Parlimen Rembau, saya kekalkan apa yang ada…itu sebab saya kata saya di (DUN) Rantau dan KJ (Khairy) di Rembau. Kita serahkan lima nama tapi saya rasa sebagai ketua bahagian kita nak pastikan supaya penyandang ini kita kekalkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program sukan rakyat anjuran Jawatankuasa Penduduk Taman Kelab Tuanku Mambau di sini, hari ini.

Mohamad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, berkata beliau mahu mempertahankan DUN Rantau bagi memastikan segala rancangan pembangunan Negeri Sembilan dapat diteruskan.

“Itu sebabnya saya minta supaya rakyat membuat pilihan yang tepat semasa PRU14 nanti supaya rancangan-rancangan jangka panjang 30 tahun sampai 2045 iaitu untuk memakmurkan negeri dan mensejahterakan rakyat ini akan dapat kita terjemahkan dan dapat kita laksanakan yang terbaik mungkin,” katanya.

Pada PRU lalu, Barisan Nasional menguasai kerusi Parlimen Rembau dan empat DUNnya – Rantau, Chembong, Paroi dan Kota.

Dalam pertandingan satu lawan satu di DUN Rantau, Mohamad menang dengan majoriti 4,613 undi menewaskan Aisah Lamsah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala di Parlimen Rembau, Khairy pula meraih majoriti 18,357 undi dalam pertandingan tiga penjuru menewaskan Radzali A. Ghani (PKR) dan Abdul Aziz Hassan (Bebas). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Perdana Menteri, Menteri Luar di Istana Negara

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan urusan...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd