• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwaan Mahfuz Ramai Keluar Hanya Omong Kosong

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Dakwaan Mahfuz Omar bahawa ramai anggota PAS konon akan mengikuti jejaknya dengan meninggalkan parti tersebut menyertai PAN ternyata cuma omong kosong.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, berkata sejak meninggalkan parti secara mengejut pada 31 Disember tahun lepas, yang mengikut Anggota Parlimen Pokok Sena itu hanyalah isteri, anak dan menantunya sahaja.

“Empat beranak ini sahaja yang keluar PAS dan tidak ada orang lain yang isytihar akan ikut keluar walaupun dia (Mahfuz) mendakwa ramai orang yang menyokong dia dahulu akan ikut sama.

“Lebih kurang dua minggu selepas itu, saya dijemput pergi ke majlis ceramah di kawasan Pokok Sena dan semasa majlis tersebut 500 borang daripada ahli baru di Pokok Sena diserahkan kepada saya.

“Empat, lima orang yang keluar… 500 orang ahli baru yang masuk,” katanya semasa ditemui pemberita selepas Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Marang ke-14 di Dewan Tok Guru Masjid Rusila di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong merangkap Ketua Penerangan PAS negeri, Mohd. Nor Hamzah dan Timbalan Pesuruhjaya III PAS Terengganu yang juga Dipertua PAS Marang, Yahaya Ali.

Hashim berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai keputusan Mahfuz menyertai PAN semalam. Ia memang dijangka penganalisis politik bahkan mungkin pelik jika dia menyertai PPBM, PKR atau DAP pula.

PAN merupakan serpihan PAS yang membentuk Pakatan Harapan selepas blok pembangkang Pakatan Rakyat yang wujud sejak 2008 dibubarkan DAP ekoran mengalami krisis dengan PAS pada 2016 lalu.

Selain itu, mengulas lanjut ujar Hashim, pihak PAS sedia memberi peluang kedua dan menerima semula bekas anggotanya yang ingin kembali semula setelah keluar parti dan kemudian menyertai parti lain

“Kami tetap berdoa, masih buka peluang mari balik bersama dengan Jemaah, hormat keputusan Jemaah dan wala’ (taat) dengan kepimpinan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Hashim berkata PAS bakal melancarkan sembilan teras manifesto Pilihan Raya Umum ke-14, yang akan disempurnakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Cyberjaya, Selangor malam esok.

“Manifesto yang akan dibentangkan nanti diharap mampu membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh negara dalam setiap bidang dari setiap sudut,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Mahfuz Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Sindir Zahid ‘Sudah Terantuk Baru Nak Tengadah’

Parti Amanah Sindir Zahid ‘Sudah Terantuk Baru Nak Tengadah’

06/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) menyifatkan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam amat melucukan...

Pendekatan Politik PAS Berbahaya Kepada Demokrasi – Mahfuz

Pendekatan Politik PAS Berbahaya Kepada Demokrasi – Mahfuz

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggambarkan meninggalkan parti itu seolah-olah meninggalkan perjuangan Islam satu pendekatan politik berbahaya kepada demokrasi dan keharmonian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd