• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Tunggal Dirogol Bekas Kekasih

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang ibu tunggal dirogol bekas kekasihnya dan dikurung kira-kira 10 jam di dalam sebuah stor di Kelana Jaya di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata kejadian dipercayai berlaku pada kira-kira jam 7 malam apabila mangsa berusia 31 tahun, ditarik suspek menaiki kereta dipandu seorang lelaki lain dan dibawa ke stor berkenaan.

Beliau berkata, mangsa yang mempunyai seorang anak itu juga dikatakan dipukul beberapa kali, selain kaki dan tangannya diikat.

“Setiba di stor terbabit, mangsa dipercayai dirogol bekas kekasihnya itu dan dikurung kira-kira 10 jam.

“Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri pada jam 6 pagi sebelum meminta bantuan orang awam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Berikutan itu, katanya, polis menahan dua lelaki berusia 34 tahun disyaki terbabit dalam kes berkenaan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dan bekas kekasihnya itu saling mengenali sejak 2016,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – Berita Harian

Tags: kes rogol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd