• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ikatan Tidak Bertanding Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
17/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Gagasan Sejahtera, pakatan pembangkang yang diterajui PAS, tidak akan meletakkan calon daripada Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) untuk bertanding di mana-mana kerusi di Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata bagaimanapun Ikatan akan membantu PAS di mana-mana kerusi yang ditandingi oleh parti berkenaan.

“Ikatan ini saya sebut secara jelas, daripada apa yang disampaikan oleh presidennya (Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir), dia sendiri pun tak berminat nak bertanding, tapi dia akan bantu untuk PAS menang.

“Kalau dia bertanding pun, mungkin dalam satu atau dua kerusi sahaja (di luar Kelantan). Itu pun akan diputuskan di peringkat pusat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Bangkit Pertahan Kelantan di Padang Perdana di sini, malam tadi.

Ditanya mengenai pengagihan kerusi yang akan ditandingi oleh PAS pada PRU14, Mohd Amar berkata secara umum perkara itu telah diselesaikan namun belum diperincikan.

“Sasaran kita ialah kita nak memerintah, sebab itu kita akan bertanding lebih daripada 130 kerusi. Kita ada sasaran maksimum dan sasaran minimum.

“Maksimum (menang kerusi) ialah menjadi kerajaan tapi minimumnya kita mesti menang sekurang-kurangnya 40 kerusi supaya kita boleh mencorakkan hala tuju dan juga masa depan politik negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hentikan Spekulasi Punca Peletakan Jawatan Agong

07/01/2019
0

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan hari ini meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai punca peletakan jawatan Sultan...

Bubar UMNO Yang Sudah Tiada Masa Depan – Mohd Amar

26/12/2018
0

KOTA BHARU - Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengulangi pendapat peribadinya bahawa UMNO sudah tidak mempunyai masa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd