• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TFC 1 Tersingkir Awal Daripada Saingan Piala FA

oleh Ahmad Albab
17/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Hasrat untuk mara ke peringkat akhir terkubur apabila skuad Terengganu Football Club I (TFC I) tersingkir daripada saingan setelah tewas 3-1 ke atas Selangor dalam penentuan ke peringkat suku akhir Piala FA 2018 malam tadi.

Ketua Jurulatih TFC I Irfan Bakti Abdul Salim berkata tiada keserasian antara pemain menyebabkan anak buahnya gagal mempertahankan kemenangan ketika bertemu Selangor semasa aksi Liga Super di gelanggang yang sama sebelum ini.

“Pemain saya terkejut dengan persembahan Selangor yang bermain seperti pasukan saya ketika mengalahkan pasukan itu 4-1 tempoh hari, hanya 10 minit terakhir sahaja kami bermain macam biasa, sebelum itu hilang bola, keserasian hilang, tidak jaga orang akibatnya kena lah,” katanya pada sidang akhbar selepas aksi ketiga perlawanan menentang The Reds Giant di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah.

Terengganu hanya perlu akur dengan satu gol tunggal yang dijaringkan hasil serangan balas kapten pasukan Tchetche Hermann Brice Kipre dan disudahkan oleh Mohd Shahrul Aizad Zulkufli pada minit ke-23.

Tersentak dengan serangan awal tuan rumah, Selangor terus mengatur langkah dan gol penyamaan berjaya dijaringkan hasil tandukan awang import mereka Rufino Segovia Del Burgo pada minit ke-27.

Memasuki babak kedua perlawanan, Selangor yang dilihat ingin membalas dendam ekoran kekalahan lalu terus memperbanyakkan serangan ke kubu Terengganu dan gol kedua pelawat disudahkan penyerang berbisa Indonesia, Evan Dimas Darmono pada minit ke-60.

Seakan menambah duka kepada skuad tuan rumah, Selangor mendapat sepakan penalti setelah Joseph Kalang Tie dijatuhkan oleh pertahanan Terengganu, Fitri Omar dan gol ketiga disudahkan oleh Segovia pada minit ke-68. – BERNAMA

Tags: TFC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

JDT, TFC Dijangka Berentap Di final

22/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Berakhirnya pusingan separuh akhir pertama Piala Malaysia yang menyaksikan juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC...

TFC Pilih Park Seung Il Ganti Kim Hyun Woo

27/01/2018
0

KUALA TERENGGANU - Terengganu Football Club (TFC) memilih Park Seung Il dari Korea Selatan bagi menggantikan rakan senegaranya Kim Hyun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd