• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesara Kerajaan Boleh Berperanan Bantu BN Menang

oleh Ahmad Albab
16/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pesara kerajaan boleh memainkan peranan membantu kerajaan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata, kerajaan menerusi Jabatan Penerangan akan menyusun peranannya dengan melibatkan golongan pesara bagi memperluaskan jangkauan komunikasi kepada rakyat.

“Walaupun telah bersara, penting untuk anda bersama kita (kerajaan) dalam usaha untuk menjelaskan dasar-dasar kerajaan kepada rakyat.

“Golongan pesara boleh memainkan peranan dalam menyalurkan idea kepada kumpulan sasaran. Kalau dulu anda biasa menerangkan dasar kerajaan, sekarang juga boleh diteruskan,” katanya pada Program Rakan Strategik Jabatan Penerangan di sini malam ini.

Salleh berkata tiada sebab mengapa kerajaan sedia ada tidak terus memerintah negara jika dunia telah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang baik dalam pelbagai segi.

Salleh berkata, kerajaan BN selama ini telah berjaya mewujudkan kestabilan negara berdasarkan prinsipnya menghormati dasar penubuhan negara.

“Kita boleh stabil kalau kita menghormati dasar penubuhan negara yang menentukan keharmonian negara yang ada kaitnya dengan keselamatan negara.

“Kerajaan dari dulu menekankan peluang pendidikan, ekonomi dan prasarana untuk rakyat serta merangkan perancangan untuk kesejahteraan masa depan, contohnya Transformasi Nasional 2050 (TN50),” katanya.

Salleh juga mengingatkan rakyat supaya tidak membenarkan kehancuran negara dengan memilih kerajaan yang tidak berupaya mentadbir negara dengan baik.

Katanya, keretakan dalam sesebuah negara akan mengundang orang luar untuk menjajah negara.

“Jika itu berlaku (penjajahan), tidak mudah untuk kita mencapai kemerdekaan semula,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd