• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemenang 5 Emas Paralimpik Rio Maut Nahas Jalan Raya

oleh Ahmad Albab
18/03/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHENGDU – Pemenang lima pingat emas acara renang Sukan Paralimpik Rio, Huang Wenpan dari China, meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami dalam satu nahas jalan raya membabitkan kereta yang dinaikinya, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis pada Jumaat.

Dia berusia 22 tahun.

Nahas itu berlaku pada kira-kira 4 petang waktu tempatan.

Polis berkata Huang sedang memandu seorang diri ke utara di Wawushan Avenue dalam Daerah Hongya apabila keretanya hilang kawalan sebelum merempuh tiang lampu, yang menyebabkan kenderaan itu berpusing beberapa kali.

Huang dikejarkan ke hospital namun usaha untuk menyelamatkannya tidak berjaya.

Kejayaan meraih lima pingat emas menjadikan Huang antara atlet China paling berjaya pada temasya sukan berprestij itu pada 2016.

Beliau meraih kemenangan dalam acara 200 meter gaya bebas S3, 50 meter kuak dada SB2, 150 meter medley individu SM3, 50 meter gaya bebas S3 dan campuran 4×50 meter gaya bebas. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd