• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Betul Ke Nabila Tidak Boleh Nyanyi Secara ‘Live’?

oleh
16/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMA penyanyi, Nabila Razali mula meniti di bibir peminat sejak gimiknya untuk pelancaran video muzik Pematah Hati menjadi tular menerusi media sosial.

Meskipun lagu berkenaan mendapat penerimaan yang positif dan meraih sambutan luar biasa namun terdapat juga segelintir pihak yang mempertikaikan kebolehan Nabila itu menyanyi secara langsung.

Rata-rata antara mereka berpendapat Nabila sebenarnya tidak mampu menyanyi secara langsung dengan baik.

Bagaimanapun, Nabila mengakui tidak terasa hati dengan kejujuran yang dibuat oleh segelintir netizen itu sebaliknya mengambil ia sebagai contoh atau pembelajaran yang positif.

Tujuan Nabila berkata demikian kerana menyedari bahawa memuaskan semua pihak bukanlah suatu hal yang mudah.

“Saya rasa semua orang ada kebolehan untuk menyanyi. Dan, saya juga tahu dari dulu lagi orang cakap saya tak boleh nyanyi secara langsung. 

“Mungkin itu kelemahan saya, tapi saya juga cuba dengan sedaya upaya saya,” katanya dipetik Sinar Online.

Meskipun menerima kritikan dan kecaman, Nabila mengakui tetap menerima semua perkara itu dengan hati terbuka selain enggan mengambil pusing terhadap tohmahan negatif dilemparkan kepadanya

“Saya hanya ambil setiap kritikan daripada sudut positif. Tapi, saya enggan mengambil peduli jika kritikan tersebut berniat untuk menjatuhkan semangat sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, sumber melaporkan Nabila kini dalam proses mencari dan menunggu material bagi daripada beberapa komposer bagi menghasilkan single terbaru. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: nabila razali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nabila Razali Tutup Komen Gambar Perah Susu Lembu

19/03/2019
0

PENYANYI, Nabila Razali, mengakui menutup ruangan komen akaun Instagramnya, baru-baru ini. Menurutnya, komen pada gambar dia sedang sedang perah susu...

Nabila Razali Akui Sedih Impian Ke AJL Musnah

27/10/2018
0

PENYANYI Nabila Razali tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya apabila lagu nyanyian dia berjudul Pematah Hati gagal tersenarai ke peringkat separuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd