• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LCW Cemas Sebelum Mara Ke Suku Akhir All England

oleh Ahmad Albab
16/03/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dipaksa bekerja keras lebih sejam sebelum mengesahkan slot ke suku akhir Kejohanan Badminton All England di Birmingham, pada Khamis.

Pada aksi pusingan kedua tersebut, juara bertahan itu mudah memenangi set pertama 21-6 menewaskan pemain Korea Selatan, Lee Dong Keun, namun kalah pada set kedua 13-21, sebelum bangkit pada set penentuan dengan kemenangan 21-18, menurut laman web kejohanan bwf.tournamentsoftware.com.

Menanti Chong Wei di suku akhir adalah musuh tradisi, Lin Dan dari China yang menyingkirkan Wang Tze Wei dari Taiwan 21-13, 23-21.

Untuk rekod, Chong Wei memenangi kejohanan berprestij itu empat kali pada 2010, 2011, 2014 dan 2017 manakala Lin Dan sebanyak lima kali – 2004, 2006, 2007, 2012, 2016.

Dalam pada itu, cabaran beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying berakhir biarpun mempamerkan semangat juang tinggi dalam pertarungan sengit menentang pasangan China, Zhang Nan-Li Yinhui pada pusingan kedua itu.

Mereka terpaksa akur dengan kekalahan straight set 22-24, 20-22.

Tiga lagi wakil negara – dua beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi serta pemain perseorangan wanita Goh Jin Wei akan beraksi pada awal pagi ini waktu Malaysia. – BERNAMA

Tags: badmintonLee Chong Wei
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd