• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan SPM Negeri Sembilan Membanggakan

oleh Ahmad Albab
15/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini melahirkan rasa bangga dengan pencapaian yang dicapai pelajar di negeri ini dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua warga pendidik dan ibu bapa yang terlibat menjayakan dasar kerajaan untuk menjadikan negeri ini sebagai lembah ilmu, sekaligus membolehkan Negeri Sembilan menduduki tangga kedua di peringkat kebangsaan.

“Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadhrat Allah S.W.T diatas kejayaan pelajar-pelajar dan anak-anak Negeri Sembilan dalam keputusan SPM 2017…Sekali lagi Negeri Sembilan menduduki tangga kedua peringkat kebangsaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Negeri Sembilan mencatatkan indeks Gred Purata Nasional (GPN) 4.71 di belakang Putrajaya iaitu 3.74.

Pada 2016, Negeri Sembilan juga menduduki tangga kedua peringkat kebangsaan dalam pencapaian SPM iaitu dengan GPN 4.79 dibelakang Putrajaya yang merekodkan GPN 3.98.

Mohamad berkata selain itu, empat sekolah di negeri ini turut tersenarai dalam kelompok 10 sekolah terbaik dalam keputusan SPM.

Empat sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban (SASER), Sekolah Menengah Sains Perempuan, Seremban, Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu dan Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Bandar Enstek.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin berkata keputusan SPM 2017 mencatatkan indeks GPN yang lebih baik iaitu 4.90 berbanding 5.05 pada tahun 2016.

Seramai 15,829 calon daripada 115 sekolah menduduki peperiksaan SPM 2017 di Negeri Sembilan yang dijalankan pada 6 November hingga 4 Disember tahun lalu.

Daripada jumlah itu, seramai 458 calon dari 54 sekolah di negeri ini memperoleh keputusan semua A dalam kesemua mata pelajaran yang diduduki. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad Hasan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

01/08/2026
0

REMBAU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudi...

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

Tok Mat: Negeri Sembilan Akan Cetus ‘Ombak Biru’ Seperti ‘Bangsa Johor’

31/07/2026
0

SEREMBAN – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Negeri Sembilan mungkin tidak mempunyai konsep "Bangsa Johor",...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd