• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandelela, Jun Hoong Raih Gangsa Di Siri Dunia FINA

oleh AK-47
17/03/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penerjun negara yang juga Olahragawati Kebangsaan 2017, Cheong Jun Hoong dan Pandelela Rinong Pamg meraih pingat gangsa pada pusingan kedua Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA di Fuji, Jepun pada Khamis.

Gandingan penerjun negara itu mengumpul 310.32 mata selepas lima pusingan terjunan untuk menduduki tempat ketiga dalam acara 10m platform berirama wanita yang berlangsung di Kolam Renang Shizuoka Prefectural Fuji, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA), www.fina.org.

Gergasi dunia acara terjun, China meneruskan penguasaan pada kejohanan itu apabila Zhang Minjie-Zhang Jiaqi berjaya mempertahankan pingat emas dimenangi mereka pada pusingan pertama di Beijing, selepas mengumpul 335.70 mata.

Sementara gandingan penerjun Korea Utara Kim Kuk Hyang dan Kim Mi Rae memenangi pingat perak setelah mencatat 311.58 mata.

Pasangan penerjun Malaysia itu meraih pingat perak dalam acara sama pada pusingan pertama di Beijing, minggu lepas.

Kedua-dua penerjun negara itu akan bersaing dalam acara 10m platform individu esok, manakala Nur Dhabitah Sabri akan beraksi dalam acara 3m papan anjal wanita pada Sabtu. – BERNAMA

Tags: Jun HoongPandelela
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pandelela, Fitri Saari Terima Ijazah

24/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Ratu terjun negara Pandelela Rinong dan pemain hoki kebangsaan Mohammad Fitri Saari adalah antara 5,279 graduan yang...

Status Juara Dunia Tak Jamin Emas Komanwel 2018

24/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Penerjun elit negara, Cheong Jun Hoong tidak mahu dibayangi gelaran Juara Dunia apabila turun beraksi di temasya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd