• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Imigresen Pahang Tahan 26 Warga Asing

oleh AK-47
15/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jabatan Imigresen Pahang menahan seramai 26 warga asing atas pelbagai kesalahan dalam serbuan di beberapa buah premis perniagaan di sekitar Jalan Bukit Ubi dan Jalan Pasar, di sini.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pahang, Mohd Norazam Abdullah berkata Op Mega 2.0 selama dua jam setengah bermula 10 pagi itu disertai 15 penguatkuasa Imigresen, 10 penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuantan dan lapan petugas Suruhanjaya Syarikat Malaysia

“Dalam operasi itu kita telah memeriksa seramai 78 orang warga asing dalam serbuan di 15 buah premis perniagaan di sekitar bandar ini yang melibatkan kedai runcit, kedai telefon, kedai jahit dan restoran.

“Hasil pemeriksaan, kita telah menahan seramai 17 lelaki warga Bangladesh, lapan warga Myanmar termasuk seorang wanita dan seorang lelaki warga Pakistan.

“Kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 45 tahun itu didapati tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, menyalahgunakan pas lawatan selain tinggal melebihi tempuh yang ditetapkan ,”katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Katanya tangkapan dilakukan mengikut Sesyen 15(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 pindaan 2002 kerana tinggal lebih masa, Seksyen 6(1) (c) kerana tiada dokumen pengenalan diri dan Peraturan 39(b) kerana menyalahgunakan pas lawatan.

Kesemua tahanan berkenaan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Ajil, Hulu Terengganu untuk siasatan lanjut.

Menurutnya operasi seperti itu akan dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan bandar ini bebas daripada pendatang tanpa izin dan dalam masa yang sama beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penggajian warga asing tanpa permit supaya melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Tags: Mohd Norazam Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd