• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Edry Berjaya Buat ‘Drama’ Untuk Raih Simpati – Aweera

oleh Ahmad Albab
23/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Bekas penyanyi asal Mojo iaitu Aweera berpendapat, “drama” yang dilakukan Edry Abdul Halim untuk meraih simpati masyarakat berjaya apabila kumpulan itu dipilih memenangi Persembahan Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) pada Ahad lalu.

Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Noriyissham, 24, berkata, Edry yang sebelum ini pernah menuduhnya suka bermain drama ternyata telah membuktikan kepada khalayak siapakah sebenarnya yang bersikap sedemikian.

“Dia tuduh saya suka main drama tetapi dalam hal ini kita tengok dia yang buat drama untuk raih simpati masyarakat.

”Sebab itulah kalau dia gunakan menyanyi baru Mojo, sudah tentu persembahan mereka malam itu akan dikritik,” ujarnya kepada mStar Online.

Aweera diminta komennya mengenai persembahan Mojo bersama kumpulan Caliph Buskers iaitu pemuzik orang kelainan upaya (OKU) yang berjaya menampilkan persembahan luar biasa pada pertandingan itu.

Vokalis Caliph Buskers iaitu Khairul Azmi Saat menyampaikan lagu Romancinta pada malam itu.

Dalam pada itu Aweera berkata, Edry selaku ketua kumpulan berkenaan terlalu bergantung kepada Cliph Buskers dan kemenangan berkenaan adalah atas kapasiti kehebatan pemuzik jalanan itu dan bukannya persembahan sebenar Mojo.

Secara jujur kata Aweera dia amat kagum dengan Caliph Busker sehinga hampir-hampir menitiskan air mata ketika menyaksikan persembahan mereka.

Ditanya tidakkah dia berjumpa dengan Mojo selepas selesai persembahan, Aweera berkata, dia telah berusaha berbuat demikian ketika di belakang pentas namun dihalang oleh pengawal keselamatan berikutan tidak mempunyai pas khas untuk memasuki kawasan berkenaan. – mStar Online

Tags: Aweeramojo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akaun Palsu Hina Agama, Aweera Buat Laporan Polis

02/05/2018
0

PENYANYI bersuara tinggi, Aweera mengakui terkejut dengan kewujudan akaun palsu menerusi laman Facebook yang menggunakan gambarnya bagi tujuan menghina agama...

Bosan Bercinta, Aweera Lebih Selesa Hidup ‘Solo’

01/04/2018
0

PENYANYI, Aweera menegaskan dirinya masih solo selain belum terfikir untuk mencari pasangan hidup buat masa ini. Menurut Aweera, dia mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd