• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Pelajar Cemerlang Hasrat Lanjut Ke Luar Negara

oleh AK-47
15/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Tiga pelajar Sekolah Menengah Agama Tun Ahmad Zaidi di sini, yang memperoleh keputusan cemerlang 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017, masing-masing berhasrat melanjutkan pengajian di luar negara.

Khairunnisa Syukriah Ahmad berkata selepas ini beliau akan menduduki peperiksaan A-Level dan seterusnya berusaha mendapatkan biasiswa melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara dalam jurusan perubatan.

Sementara Anis Solehah Azman bercita-cita melanjutkan pelajaran di universiti luar negara dalam bidang kejuruteraan.

Seorang lagi pelajar sekolah berkenaan, Sharifah Sofia Fitria Syed Mohamad berkata beliau memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di University of Edinburgh, Scotland atau universiti di Ireland.

“Saya berminat menjadi doktor pakar, itu cita-cita saya sejak kecil,” katanya ketika ditemui Bernama selepas majlis pengumuman keputusan SPM 2017 peringkat Sarawak oleh Pengarah Pendidikan Negeri, Rakayah Madon di sini hari ini.

Ditanya resipi kejayaannya itu, Sharifah berkata dia lebih gemar mengulang kaji pelajaran secara kumpulan kerana cara begitu lebih berkesan.

“Kalau saya tidak faham mengenai sesuatu perkara saya boleh terus bertanya kepada kawan-kawan dan ini boleh meningkatkan daya ingatan saya,” katanya bahawa dia juga banyak membuat latihan dan segera bertanya kepada guru jika tidak memahami sesuatu topik mata pelajaran itu.

Sementara itu, Khairunnisa berkata selain mengikuti tuisyen, dia sentiasa fokus ketika dalam kelas dan bertanya kepada guru.

“Saya membuat persiapan sejak Tingkatan Empat dan saya memang yakin untuk mendapat keputusan yang baik tetapi tidak menyangka mendapat 11A…saya amat bersyukur,” katanya.

Anis pula berkata dia banyak berdoa sepanjang membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan dan bersyukur kerana doanya itu dimakbulkan.

Sementara itu, Myra Ng Sze Hui, pelajar SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor, yang memperoleh 10A+ berkata dia belajar lima jam sehari dan memberi lebih tumpuan terhadap mata pelajaran sejarah dengan membaca buku-buku teks sejarah.

Selain itu, beliau berkata dia turut mengikuti kelas tuisyen dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, Bahasa Melayu, Fizik dan Kimia. – BERNAMA

Tags: SPM2018
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd