• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

36,000 Terlibat Judi Haram Ditangkap Sejak 2017

oleh AK-47
15/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 36,114 individu terlibat dengan perjudian haram termasuk pemain, penjaga premis dan penganjur perjudian telah ditangkap menerusi 27,203 serbuan diadakan seluruh negara sejak tahun lepas hingga kini. Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Masir Kujat berkata dalam serbuan itu juga sebanyak 91,000 mesin judi dan wang tunai berjumlah RM1.7 juta dirampas.

“Kementerian melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil langkah untuk memerangi perjudian haram secara habis-habisan selepas Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengambil tugas.

“Antara usaha lain turut melibatkan pemantauan terhadap modus operandi baharu yang digunakan sindiket untuk mempromosikan perjudian haram melalui media sosial seperti Facebook, WeChat, WhatsApp,SMS atau berselindung di sebalik pusat hiburan keluarga yang sah,” katanya menjawab soalan Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) yang ingin tahu perkembangan dan kejayaan gerakan membanteras kegiatan judi di negara ini.

Masir berkata sebanyak 911 laman web berunsur perjudian dari dalam dan luar negara telah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sejak 2012. – BERNAMA

Tags: Judi HaramTimbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Call Centre’ Judi Haram Digempur

‘Call Centre’ Judi Haram Digempur

27/05/2023
0

Kuala Lumpur : Taktik sindiket perjudian dalam talian berselindung di sebalik sebuah kondominium mewah di Salak Selatan, Cheras di sini...

Polis Perak Sedia Minta JIPS Siasat Dakwaan Salah Laku Ketua Polis Daerah Manjung

21/01/2022
0

PADANG RENGAS: Polis Perak sedia meminta Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, untuk menyiasat dakwaan kononnya wujud salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd