KUALA LUMPUR – Bilangan tenaga buruh Malaysia naik 0.3 peratus pada Januari lalu, iaitu sebanyak 15.19 juta berbanding 15.15 juta yang dicatat pada bulan sebelumnya.
Ketua Perangkawan Malaysiaah Datuk Seri Dr Mohd Uzir Midin berkata jumlah tenaga buruh bekerja pada Januari lalu ialah 14,670.5 juta manakala pada Disember 2017 jumlahnya ialah sebanyak 14,640.1 juta.
“Kadar penyertaan tenaga buruh pada Januari lalu juga naik sebanyak 0.1 peratus kepada 68.2 peratus berbanding bulan sebelumnya. Bagi perbandingan tahun ke tahun angka yang dicatat pada Jan 2018 naik 0.5 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kadar pengangguran pada Januari lepas pula ialah 3.4 peratus iaitu naik 0.1 peratus berbanding 3.3 peratus pada bulan sebelumnya. – BERNAMA
