• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Akhir Tragedi MH17 Dijangka Siap Pertengahan 2015

oleh Ahmad Albab
23/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DAVOS (Switzerland) – Laporan akhir berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dijangka siap selepas pertengahan tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri yang sedang mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Ekonomi Dunia (WEF) ke-45 di sini berkata, perkara itu dimaklumkan oleh rakan sejawatnya, Perdana Menteri Belanda Mark Rutte pada sesi pertemuan dua hala Khamis.

Beliau berkata, laporan itu sedang disiapkan oleh jawatankuasa bebas yang ditubuhkan khas untuk menyiasat tragedi itu yang diketuai Belanda.

“Beliau (Rutte) telah berjanji supaya sebelum laporan itu diumumkan, akan maklumkan kepada saya, apa dia rumusan dan dapatan daripada laporan tersebut.

“Sekali lagi, Perdana Menteri Belanda mengulangi bahawa tragedi MH17 ini telah membawa kedua-dua negara kita lebih rapat lagi dari segi hubungan,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan kepada pemberita Malaysia di sini Khamis.

Pada 17 Julai lepas, pesawat MH17, yang berlepas dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Donetsk, Ukraine berdekatan sempadan Rusia.

Pesawat Boeing 777-200 yang membawa 298 orang termasuk 283 penumpang dan 15 anak kapal itu, dipercayai ditembak jatuh tetapi belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap tragedi itu sehingga sekarang.

Selain rakyat Malaysia, penumpang pesawat itu terdiri warga Belanda, Australia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Kanada, New Zealand, Indonesia dan Filipina.
Najib berkata pertemuan kira-kira 20 minit itu turut membincangkan tentang minat Belanda dalam minyak sawit dan kayu balak.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu dan Ketua Menteri Andhra Pradesh, Chandra Babu Naidu.

Antara yang dibincangkan termasuk langkah untuk terus meningkatkan hubungan dua hala dalam semua bidang termasuk teknologi, ekonomi, perdagangan dan ketenteraan. – BERNAMA

Tags: MH17Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd