• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

OKU Pekak, Bisu Anjur Sambutan Tahun Baru Cina

oleh
15/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MERIAH… Sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Persatuan Bisu dan Pekak Batu Pahat  di Johor semalam ternyata berjaya menghimpunkan ramai Orang Kelainan Upaya (OKU).

Lebih menarik, menurut laporan Berita Harian, pelbagai aktiviti diadakan termasuk sukaneka dan acara cabutan bertuah, menjadikan sambutan Tahun Baharu Cina pada kali ini lebih bermakna.

Dimaklumkan, selain OKU pekak dan bisu, sambutan turut dihadiri anak dan ahli keluarga OKU berkenaan, wakil kerajaan, tokoh komuniti dan beberapa wakil persatuan orang bisu dan pekak dari luar negara.

Antaranya dari Kazakhstan dan Singapura yang sekali gus lebih memeriahkan lagi sambutan perayaan masyarakat Tionghua tersebut.

Bagaimanapun, pihak Mynewshub tidak dimaklumkan mengenai jumlah peserta yang hadir ke majlis tersebut tetapi difahamkan acara berkenaan memang meriah.

Menurut jurucakap persatuan itu, persiapan telah diadakan sendiri secara bersama oleh ahli Persatuan Bisu dan Pekak Batu Pahat dengan gotong-royong mengemas ruang, menyediakan juadah dan menghias lokasi sambutan.

Usaha unik dilaksanakan ini telah menimbulkan kemesraan ibarat suasana keluarga yang senasib dengan mereka selari dengan gagasan 1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Semua ahli yang hadir bekerjasama buat persiapan seperti mempersiapkan juadah, bergotong-royong mengemas ruang digunakan. Jelaslah bahawa jiwa 1Malaysia dalam kalangan warga bisu dan pekak, khususnya di daerah ini sangat tinggi,” katanya.

Perasmian acara berkenaan telah dilaksanakan sendiri oleh Ketua UMNO bahagian berkenaan yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) , Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi.

Beliau juga memaklumkan peruntukan sebanyak RM10,000 disalurkan kepada Persatuan Bisu dan Pekak Batu Pahat selepas penubuhannya diluluskan secara rasmi oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

*Video sekadar hiasan…

Tags: OKUTahun baru Cina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd