• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stephen Hawking, Populariti Merentasi Dunia Akademik

oleh Haris
14/03/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SAINTIS terkemuka dunia, Stephen Hawking meninggal dunia pada awal pagi Rabu di kediamannya di Cambridge, Britain pada usia 76 tahun.

Akademik fizik teori ini paling dikenali melalui hasil kajiannya berkenaan lohong hitam dan relativiti.

Hawking menerbitkan buku A Brief History of Time pada 1988, buku yang diakuinya sendiri, “Paling kurang dibaca dan paling banyak dibeli.”

Buku karya agung Hawking ini telah terjual sebanyak 10 juta naskhah di seluruh dunia.

Buku ini menduduki senarai buku paling popular akhbar London Sunday Times selama empat tahun, satu rekod tempoh paling lama.

Hawking bekerjasama dengan Leonard Mlodinow, fizikawan dan penulis sains di Institut Teknologi California menerbitkan versi yang lebih mudah difahami orang ramai, bertajuk A Briefer History of Time, diterbitkan pada tahun 2005.

Bekas penyandang Profesor Matematik Lucasian di Universiti Cambridge ini – jawatan yang pernah disandang saintis terkemuka Isaac Newton – menulis banyak buku dalam bidang fizik dan kosmologi.

Hawking menjadi saintis paling popular sedunia selepas penerbitan A Brief History of Time, dan dikenali ramai hingga di luar dunia akademik.

Pada usia 22 tahun, Hawking disahkan menghidap sejenis penyakit saraf yang akhirnya menyebabkan beliau lumpuh.

Doktor pada mulanya menjangkakan beliau hanya akan hidup selama beberapa tahun lagi selepas disahkan menghidap penyakit itu.

Penyakitnya dikenali sebagai amyotrophic lateral sclerosis atau penyakit Lou Gehrig. Hawking ialah salah seorang yang hidup paling lama selepas didiagnosis menghidap penyakit ini.

Beliau akhirnya terpaksa bergerak menggunakan kerusi roda berteknogi tinggi, dilengkapi dengan sistem komputer untuk mentafsir dan menyuarakan percakapannya.

Akademik Inggeris ini dilantik sebagai profesor pelawat di Institut Teknologi California (Caltech) pada 1970 dan kembali ke Cambridge pada 1975 untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi.

Rakan baiknya, Kip Thorne, fizikawan di Caltech mengatakan kekurangan fizikal Hawking mungkin menyumbang kepada kekuatan intelektual dan akademiknya, mendorong untuk berfikir dengan lebih kuat bagi menampung kekangan pergerakan.

Hawking menjelang 2017 mula memikirkan tentang masa depan manusia di bumi, menyuarakan pandangannya yang manusia perlu mengeksplorasi dan berhijrah ke planet lain kerana kesesakan di planet bumi.

Hawking dikenali ramai sebagai seorang saintis yang mempunyai sukakan jenaka, yang dilihat melalui tajuk buku A Briefer History of Time dan penglibatannya dalam beberapa siri televisyen popular Amerika Syarikat.

Hawking muncul dalam The Simpsons, Futurama, Star Trek: The Next Generation, dan terbaru, yang paling melonjakkan popularitinya, sitkom The Big Bang Theory.

Beliau juga menjadi subjek filem The Theory of Everything, mengenai perjalanan awalnya sebagai seorang akademik dan hubungan mencabar dengan isteri pertamanya Jane.

FAKTA RINGKAS STEPHEN HAWKING

– Lahir pada 8 Januari, 1942 di Oxford, England.

– Mendapat tempat di Universiti Oxford untuk belajar sains alami pada 1959, sebelum menyambung PhD di Cambridge.

– Menjelang 1963, Hawking telahpun didiagnos menghidap penyakit saraf motor dan dijangka hanya akan hidup selama dua tahun lagi.

– Mengemukakan teori bahawa lohong hitam menghasilkan “radiasi Hawking” pada 1974.

– Menerbitkan karya hebatnya, A Brief History of Time pada 1988, karya yang mengangkat kedudukan Hawking sebagai seorang fizikawan ulung. – Mynewshub.cc/H

Tags: SainsStephen Hawking
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penguasaan Asas Lemah, Punca Minat Terhadap Sains Dan Matematik Merosot

Penguasaan Asas Lemah, Punca Minat Terhadap Sains Dan Matematik Merosot

13/08/2023
0

KUALA LUMPUR: Penguasaan asas sains dan matematik yang lemah di peringkat sekolah rendah dilihat sebagai antara faktor kemerosotan jumlah pelajar...

Sains, Matematik Kembali Diajar Dalam Bahasa Inggeris

31/01/2020
0

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad berkata bahasa pengantar untuk mata pelajaran sains dan matematik akan kembali ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd