• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Naim Puji Sufian, Lagu Di Matamu Punyai Aura Sendiri

oleh
14/03/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAGU Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi sememangnya mempunyai aura tersendiri lebih-lebih lagi apabila lirik lagu berkenaan bagaikan menggambarkan situasi yang sedang melanda dirinya.

Sebagai seorang rakan artis, pelakon dan penyanyi tempatan, Naim Daniel turut mengakui bahawa lagu berkenaan benar-benar menyentuh jiwannya.

“Sudah menjadi rezeki Sufian apabila lagu itu cepat mendapat perhatian ramai. Tidak dinafikan, kisah (putus tunang) Sufian sedikit sebanyak menjadi penyebab lagu itu popular, tetapi dia sememangnya penyanyi berbakat,” katanya dipetik daripada BH Online.

Selain bergelar pelakon, Naim atau nama sebenarnya, Naim Daniel Baharin, 21, ketika dia menyanyikan semula lagu tersebut, dia dapat merasai keikhlasan lirik yang disampaikan.

Dalam masa sama, Naim turut akui bahawa kisah percintaan tak kesampaian antara Sufian dan Elfira Loy bagaikan memberi nyawa dalam lagu berkenaan sehingga membuatkan peminat turut tersentuh dengan bait-bait lirikya.

“Dia tidak perlu berlebih-lebihan dalam menghasilkan karyanya itu. Cukup dengan keikhlasan hati, Sufian berjaya membuatkan semua orang menjiwai seni kata lagu itu. Saya sendiri turut tersentuh hati ketika menyanyikannya kembali,” tambahnya lagi.

Naim turut sering membuat cover pelbagai jenis lagu ketika masa lapang. Namun dia sama sekali tidak menyangka bahawa lagu cover Di Matamu nyanyiannya telah mendapat perhatian pendengar.

“Sebenarnya, saya menyanyikan lagu itu sekadar suka-suka. Tambahan pula, sudah sebulan saya tidak menyanyikan lagu saduran (cover), bagi memberikan fokus kepada single pertama saya, Sekali Lagi.

“Apa pun, apabila melihat orang ramai berpuas hati dengan nyanyian itu, saya juga berasa seronok untuk terus menyanyikan lagu popular lain,” ujarnya.

Siapa sangka, daripada seorang pelakon kanak-kanak, kini Naim sudah bergelar seorang penyanyi dan single pertamanya, berjudul Sekali Lagi turut mendapat pujian daripada peminat.

Malah, videonya menerusi laman YouTube turut sudah ditonton hampir dua juta kali sejak ia dimuat naik pada 31 Januari lalu.

“Saya suka menyampaikan lagu yang mempunyai mesej positif, apatah lagi saat masyarakat kita semakin banyak dikelilingi anasir negatif.

“Alhamdulillah, ia mendapat maklum balas yang baik. Insya-Allah saya akan tampil dengan single kedua pula tidak lama lagi,” tambahnya lagi.

Lagu ciptaannya bersama dengan Omar K dan Ikhwan Fatanna, dalam masa sama terdapat mesej yang ingin mereka sampaikan dalam lagu tersebut iaitu berbuat baik kepada ibu bapa. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: di matamuNaim DanielNetizenSufian Suhaimi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bicara Kes Amang Seksual Naim Daniel Bermula Hari Ini

Bicara Kes Amang Seksual Naim Daniel Bermula Hari Ini

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes penyanyi dan pelakon, Naim Daniel yang didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia...

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd