• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mara Digital Mall Catat Jumlah Jualan RM37.7 Juta

oleh Ahmad Albab
14/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pusat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Mara Digital Mall mencatat jumlah jualan sebanyak RM37.7 juta setakat Januari tahun ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata sejak ditubuhkan pada Disember 2015, pasar raya digital itu turut menyaksikan rekod pengunjung seramai 2 juta orang.

Beliau berkata sebanyak 109 lot jualan juga telah dimanfaatkan oleh 89 usahawan di Mara Digital Mall di seluruh negara.

“Ini merupakan satu kejayaan besar bagi kita terutamanya untuk usahawan Bumiputera dalam bidang perniagaan digital, di samping melahirkan lebih banyak usahawan-usahawan muda daripada kumpulan itu,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Budiman Mohd Zohdi (BN-Sungai Besar) yang ingin tahu sejauh manakah prestasi perniagaan di Mara Digital Mall dan jumlah keseluruhan peniaga yang telah beroperasi di pasar raya itu.

Sementara itu, Alexander menambah sehingga kini terdapat empat Mara Digital iaitu Mara Digital Menara Mara, Kuala Lumpur; Mara Digital Anggerik Mall, Shah Alam, Selangor; Mara Digital Ipoh, Perak dan Mara Digital Kuantan, Pahang.

Katanya kementerian bercadang mewujudkan Mara Digital di setiap negeri dan pada masa ini Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah mengenal pasti beberapa kawasan strategik di seluruh negara. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: ICTMara Digital
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MSC Malaysia Dinamakan Semula Jadi Malaysia Digital

12/01/2022
0

KUALA LUMPUR: MSC Malaysia yang diperkenalkan pada 1996 akan dipertingkat dan dinamakan semula sebagai Malaysia Digital. Menteri Komunikasi dan Multimedia,...

Malaysia Perlu Cari Kaedah Juarai ICT – Gobind

13/11/2018
0

PETALING JAYA - Malaysia perlu segera mencari kaedah untuk juarai bidang industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan jadi pemimpin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd