• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lega… Rafizi Sah Tidak Bertanding Lagi PRU

oleh
14/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYUKUR… Setelah terpalit dengan pelbagai kes mahkamah akibat sebar fitnah, Ahli Parlimen Pandan, Mohd. Rafizi Ramli sah tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Berita gembira dan tidak dijangka tersebut dijelaskan oleh Naib Presiden PKR itu sendiri ketika beliau bangun membahaskan usul titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

“Ini adalah ucapan terakhir saya di dalam persidangan dewan kali ini memandangkan saya (mengumumkan) tidak lagi bertanding pada PRU ke-14 yang akan datang.

“Oleh itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Dipertua Dewan serta timbalan-timbalannya yang telah memberi ruang dan peluang sebaik-baiknya kepada saya untuk berhujah,” tambah beliau lagi.

Bagaimanapun selaras dengan ‘perbahasan’ terakhirnya itu, Mohd. Rafizi kemudian turut meminta maaf kepada semua wakil rakyat khususnya di blok kerajaan berhubung kritikannya sepanjang lima tahun ini.

Beliau yang berasal dari Terengganu juga menjelaskan bahawa meskipun selama ini sering ‘panas’ ketika berbalas-balas kritikan di dalam Dewan Rakyat itu, namun hakikatnya mereka masih lagi bersahabat baik seperti biasa.

“Kinabatangan (Datuk Seri Bung Mokhtar Radin), Lenggong (Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah), Tanjong Karang (Tan Sri Noh Omar) yang sering mengkritik keras saya tetapi sebenarnya kami baik di luar,” jelas beliau.

Mohd. Rafizi, 40, yang juga Setiausaha Agung PKR memenangi kerusi Pandan pada PRU ke-13 pada 2013 lalu menewaskan calon BN, Gary Lim Chin Yee memperoleh 21,454 undi dan Allan Tan (Bebas) mendapat 2,415 undi.

Beliau terkenal menerusi pelbagai siri tohmahan termasuk tahun lalu mendakwa konon Tabung Haji tiada ‘duit’ yang menyebabkan lebih 3,000 pendeposit terpedaya mengeluarkan simpanan dan batal giliran haji mereka.

Baru-baru ini Mohd. Rafizi mendapat malu besar apabila mendakwa penganjur Ekspo Negaraku 2017 konon ialah abang Menteri di Jabatan Perdana Menteri hanya kerana persamaan nama bapa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Rafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd