• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petani Dilarang Bakar Sekam Padi Kecuali Jerami

oleh Ahmad Albab
14/03/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Larangan membakar sekam masih dikuatkuasakan manakala pembakaran jerami padi dibenarkan selagi tidak memudaratkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Sumber Asli dan Alam Sekitar Perlis, Datuk Mat Rawi Kassim.

Beliau mengingatkan petani yang membakar jerami dalam sawah supaya sentiasa memantau agar api tidak merebak terutama yang berhampiran lebuh raya dan asapnya tidak membahayakan pemandu kenderaan.

Katanya pembakaran jerami padi dibenarkan mengikut undang-undang namun tertakluk kepada syarat- syarat termasuk saiz pembakaran.

“Kelonggaran pembakaran jerami adalah bertujuan untuk menghapuskan perosak tumbuhan serta membekalkan nutrien baja dalam sawah,” katanya kepada Bernama di sini hari ini, bagi mengulas jumlah pembakaran jerami yang meningkat selepas musim menuai sekarang.

Beliau menasihatkan para petani agar membakar jerami dalam skala kecil dan berperingkat-peringkat untuk mengelak pencemaran udara.

Mat Rawi berkata kesalahan membakar sekam padi boleh dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 atau jika dihadapkan ke mahkamah boleh didenda sehingga RM500,000 atau penjara. – BERNAMA

Tags: padiPetani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlu Ada Mekanisme Berkesan, Bukan Biar Rakyat Tanggung Sendiri – Beliawanis MCA

Perlu Ada Mekanisme Berkesan, Bukan Biar Rakyat Tanggung Sendiri – Beliawanis MCA

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu ada mekanisme yang berkesan, bukan biarkan rakyat ikat perut dan tanggung semua sendiri dalam berdepan...

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

Pesawah Terjejas Teruk Susulan Harga Diesel Naik – Hamzah

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pesawah padi yang didakwa paling terkesan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd