• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Payudara Sarang Cacing Pita Akibat Percaya Dukun

oleh Ahmad Albab
14/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Seorang wanita yang patuh arahan dukun tempatan yang mencadangkannya makan katak hidup bagi memulihkan sakit kakinya, terkejut apabila mendapati cacing pita sepanjang 13 sentimeter bersarang dalam payudaranya.

Menurut laporan media China, wanita dari Jiaqing, wilayah Zhejiang, dikenali sebagai Yao, 59, dinasihatkan makan katak hidup oleh tabib pada 2013 bagi memulihkan kebas dan rasa berbisa pada sendi serta kakinya.

Menurut South China Morning Post, selepas mematuhi arahan berkenaan, derita wanita itu semakin teruk kerana berasa sakit di bahagian lain, termasuk lenguh di perut, payudara serta mata.

Baru-baru ini, wanita itu mendapatkan pemeriksaan di hospital selepas ada benjolan pada payu daranya.

Portal Kankanews.com melaporkan, doktor memutuskan membedah benjolan pada payudara wanita itu dan mereka menemui cacing pita di dalamnya.

Parasit berukuran 13 sentimeter itu daripada spesies yang lazimnya ditemui dalam usus kucing serta anjing, namun amat jarang dijumpai pada manusia.

Doktor menjangka ia masuk ke dalam tubuh wanita itu melalui daging katak yang mengandungi telur cacing berkenaan sejak beberapa tahun lalu. – Agensi/myMetro Online

*Video sekadar hiasan…

Tags: cacingpayudara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peranti ‘Payudara’ Mudahkan Bapa Menyusu Badan

24/03/2019
0

GOLONGAN bapa mungkin dapat melakukan semua perkara seperti kaum ibu, kecuali melahirkan anak dan memberi susu badan kepada bayi. Bagaimanapun,...

Pakar Kesihatan Bimbang Amalan Seterika Payudara

29/01/2019
0

LONDON - Dianggarkan sehingga 1,000 gadis dan wanita di Britain dipaksa menekap batu panas pada payudara mereka dipercayai bagi menghalang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd