• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perjuangan DAP Sarawak Isu Royalti Minyak Sudah Lapuk

oleh AK-47
14/03/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Ugah Embas menyifatkan perjuangan pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen untuk mendapat royalti 20 peratus daripada hasil minyak dan gas negeri ini sebagai sudah lapok.

Sebaliknya, kata beliau Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg melalui rundingan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya mendapatkan semula sepenuhnya hak Sarawak ke atas sumber minyak dan gasnya.

Sehubungan itu, Ugah yang juga timbalan presiden Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) berkata perjuangan Abang Johari jauh lebih besar dan berhasil berbanding perjuangan Chong.

“Oleh itu, rakyat Sarawak patut menolak DAP kerana parti itu hanya suka menghentam dan bersandiwara,” katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaan Sempena Perhimpunan Agung PBB Ke-14 di sini malam ini.

Ugah berkata tindakan dan kejayaan Abang Johari membuat Najib bersetuju untuk mengembalikan hak-hak Sarawak seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia (MA63) benar-benar mengejut pelbagai pihak di Malaysia.

“Ia adalah satu pengumuam yang sangat signifikan oleh ketua menteri dan membuktikan ia bukan ‘hot air’ seperti yang sering didakwa oleh DAP dan Chong,” kata Ugah.

Sehubungan itu, Ugah berkata anggota PBB dan rakyat Sarawak akan memberi sokongan sepenuh kepada Abang Johari sebagai ketua menteri dan presiden PBB.

Mengenai perhimpunan agung PBB ke-14 yang berlangsung Feb lalu, Ugah menyifatkannya sebagai sangat berjaya yang membuktikan PBB lebih stabil, kukuh dan padu. – BERNAMA

Tags: Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rekod Belanja Bangun Prasarana Sarawak

23/10/2018
0

KUCHING - Kerajaan Negeri Sarawak akan membelanjakan peruntukan, yang jumlahnya mencatatkan satu rekod, bagi membina jalan raya dan kemudahan infrastruktur...

Hadkan Tempoh Jawatan: Ambil Kira Autonomi Sarawak

19/10/2018
0

KUCHING - Tempoh perkhidmatan jawatan Ketua Menteri yang dicadang untuk dihadkan kepada dua penggal adalah satu langkah baik, kata Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd