• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Lelaki Dipenjara, Didenda Suap Ejen Kerajaan

oleh Ahmad Albab
14/03/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Tiga lelaki masing-masing dihukum penjara 14 hari dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memberi suapan kepada kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, tahun lalu.

Hakim Mohd Haldar Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas ketiga-tiga mereka, iaitu tauke balak, Wong Kam Choy, 53; pengurus kilang kayu, Tan Ya Loon, 36; dan peniaga, Bakri Hassan mengaku bersalah.

Wong, dituduh memberi suapan RM1,000 kepada Penolong Pegawai Hutan, Ilias Awang, supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 68 Akta Perhutanan Negara 1984 iaitu memiliki kayu balak yang tidak mempunyai tanda pengkelasan dan tidak bercukai.

Wong didapati melakukan kesalahan itu pada 1.30 tengah hari, dalam Mukim Kijal, Kemaman, 8 Jun 2017.

Tan, juga mengaku bersalah memberi wang tunai RM500 kepada Wahab Omar, Pengawas Hutan Pejabat Hutan Daerah, Terengganu Barat, pada Ogos tahun lalu.

Tan, dituduh memberi suapan itu agar tidak dikenakan tindakan atas pemilikan kayu bulat pelbagai spesies di kilangnya, yang tidak memiliki pas pemindahan hasil hutan dan tidak bercukai yang melanggar kesalahan di bawah Akta Perhutanan 1984.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 4.15 petang, di Lot 10714, Kawasan Sungai Nilai, Mukim Hulu Nerus, Setiu, 28 Ogos 2017.

Seorang peniaga, Bakri Hassan, 41, juga mengaku bersalah memberi suapan wang tunai RM300 kepada Mohd Noor Ali, iaitu Pengawas Hutan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu pada Julai tahun lalu.

Bakri dituduh melakukan kesalahan itu pada 3.45 petang, di Lot No. 3966, Kampung Sungai Lerek, Setiu, sebagai dorongan tidak dikenakan tindakan ke atasnya di bawah Akta Perhutanan 1984 kerana membawa muatan kayu yang tidak memiliki pas pemindahan hasil hutan dan tidak bercukai.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 17 (b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Semua pertuduhan itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Farah Yasmin Salleh. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: dendaPenjara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd