• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abam Bomba Penjinak Ular Kritikal Dipatuk King Cobra

oleh AK-47
14/03/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG anggota bomba yang begitu dikenali ramai, Abu Zarin Hussin, 33, kritikal selepas dipercayai dipatuk seekor ular tedung dalam kejadian di Bentong, Pahang semalam.

Menurut laman Facebook Friends of Bomba Malaysia, mangsa masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di unit rawatan rapi Hospital Bentong dan difahamkan telah dirujuk ke Hospital Temerloh.

“Dukacita dimaklumkan sehabat kita Abu Zarin telah dipatuk ular sebenar tadi dan masih berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Marilah sama-sama kita memanjatkan doa agar beliau selama. Semoga diberikan kesembuhan untuknya,” tulis laman Facebook berkenaan dalam kemaskini terbaharu.

Beliau yang mengetuai Skuad King Cobra Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang merupakan antara tenaga pengajar bagi melatih anggota baharu, selain sering  mengadakan ceramah dan taklimat kepada orang ramai.

Abu Zarin terkenal sebagai penangkap ular berbakat dan pernah menyertai program pencarian bakat Asia’s Got Talent sehingga ke peringkat suku akhir.

Difahamkan, kejadian dipatuk haiwan berbisa ini bukanlah merupakan insiden pertama di mana beliau sebelum ini sudah lebih 10 kali dipatuk malah pernah dua kali koma akibat kecederaan serius.

Beliau pernah berkata hanya akan berhenti bermain ular apabila menemui ajal dan kemahirannya mengawal haiwan berbisa itu menyebabkan video serta gambarnya sentiasa mendapat perhatian di laman sosial.

Apapun bersama-sama kita doakan semoga Abu Zarin cepat pulih dan dipermuadahkan segala urusan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bombadipatuk ular
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd