• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU-14: Usul Tak Perlu Bawa Ke Dewan Negara – TPM

oleh
14/03/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DEMAN Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 semakin penuh debaran apabila Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan usul persempadanan semula tidak perlu ke peringkat Dewan Negara.

Sebaliknya Timbalan Perdana Menteri hari ini menyatakan bahawa pindaan undang-undang itu yang akan dibentangkan di Parlimen hanya memerlukan kelulusan Dewan Rakyat dan tidak perlu ke peringkat Dewan Negara.

Beliau seterusnya berkata, usul yang akan dibawakan sendiri oleh Ketua Majlis Parlimen untuk dibahaskan itu hanya memerlukan kemenangan dengan undian majoriti mudah di peringkat ahli-ahli dalam Dewan Rakyat.

Jelas Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), sebaik sahaja usul tersebut diluluskan di Dewan Rakyat, perkenan Yang di-Pertuan Agong akan diperlukan sebelum ia diwartakan secara rasmi.

“Itu sahaja yang saya boleh beritahu kerana ini maklumat rasmi yang kita ketahui, tarikh pembubaran Parlimen saya tidak tahu, tarikh mengundi pun saya memang tidak tahu,” kata beliau secara berseloroh.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika berucap dalam program Luncheon Talk bersama-sama dengan Ketua-Ketua Pengarang dan Pemegang Permit Penerbitan di Putrajaya hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut melancarkan tanda pagar #mediacouncil bagi mengumpul input daripada pemain-pemain industri media untuk semakan semula terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Saya buka kepada semua pengamal media dan industri percetakan serta penerbitan untuk melontarkan idea dan pandangan masing-masing, selepas habis pilihan raya ini, kita akan duduk bersama,” kata beliau.

Dalam pada itu, berhubung keuntungan yang dinikmati syarikat Google serta Facebook dalam platform pengiklanan di negara ini, Ahmad Zahid berkata beliau akan membawa cadangan dalam mesyuarat Kabinet esok.

Ia supaya syarikat antarabangsa terbabit turut dikenakan cukai kerana berjaya mengaut laba daripada aktiviti bersifat komersial yang dijalankan di Malaysia. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Ahmad Zahid HamidiPilihan Raya Umum
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kewujudan Muafakat Nasional Perlu Dibendung – Pemuda PH

Kewujudan Muafakat Nasional Perlu Dibendung – Pemuda PH

28/06/2026
0

BATU PAHAT - Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Woo Kah Leong mendakwa usaha untuk mewujudkan kembali Muafakat Nasional sedang berlaku...

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

Rakyat Johor Masih Ingat Kerajaan PH Batalkan Projek RTS, HSR

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Rakyat Johor masih mengingati tindakan Pakatan Harapan (PH) membatalkan banyak projek mega yang sepatutnya memanfaatkan negeri ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd